Facebook Ads Masuk ‘Learning Limited’, Kenapa & Apa Nak Buat?

Mesti risau kan tiba-tiba tulis Learning Limited? Ok. Ini sebab dia dan ini cara dia.

Kenapa Jadi Learning Limited?

Iklan bila dah run 2-3 hari akan jadi learning limited sebab 1-3 hari pertama iklan dilancarkan, iklan kita akan berada dalam fasa Learning Phrase.

Itu normal.. Facebook nak belajar dapatkan audience yang tepat untuk iklan kita. Tapi..

Facebook perlukan bajet yang mencukupi lah untuk dia tampung kos pembelajaran dia dan perlukan juga masa yang mencukupi.

Jadi, iklan akan masuk ke fasa Learning Limited apabila dia tak dapat capai result/hasil yang diperlukan.

Tips dia di sini adalah, gunakan bajet minima RM60-120 sehari dan pastikan content kita menarik untuk dapatkan engagement yang tinggi sepanjang 3 hari pertama iklan dilancarkan.

Lepas itu, gunakan function ‘Detail Targeting Expension’ untuk facebook bantu kita dapatkan audience yang lebih bagus.

Ya. Ini caranya… Learning Limited memang akan terjadi kalau iklan anda kurang menarik, bajet yang kurang dan audience yang kecil.

Saya da 1 video 13 minit jelaskan tentang apa itu learning limited, learning, active, account error dan semua masalah yang sering terjadi semasa anda buat iklan facebook ads. Tonton di channel youtube saya, klik link ini atau gambar di bawah… https://www.youtube.com/watch?v=sRBfSZSCkxo

Ada satu lagi penyebab, iaitu Audience anda dah Overlap. Ini saya sambung rungkaikan dalam posting berlainan.

Semoga membantu!

Masih berminat untuk belajar Facebook Ads teknik nak dapatkan ramai prospek Whatsapp nak membeli? Video rakaman saya masih available untuk anda dapatkan di https://dzulfaqarhashim.com/vidkelas/

Banyak perkara anda boleh belajar dan dah terlalu ramai berikan testimoni mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top