“Orang kata produk saya mahal, orang lain jual laaagi murah.. Nak buat macam mana yee tuan Dzul?”
Harga kena setanding kualiti:
Maksudnya ialah, nak jual mahal dari market price boleh tapi pastikan:
Brand awareness produk anda lebih kuat dari pesaing.
Value pada produk anda lebih jelas.
Presentation kena nampak lebih mahal / exclusive.
Jom kita kupas one by one…
Brand awaness yang lebih kuat bermaksud orang lebih banyak nampak iklan produk anda dari iklan pesaing. Macam mana nak buat? Retargeting campaign boleh bantu anda. Nak buat content macam mana? Gunakan content testimoni, content tutorial & content branding.
Value ataupun nilai yang jelas bermaksud menonjolkan satu keunikan dan kelebihan. Contoh kita jual takaful, tunjukkan kepada bakal pelanggan yang kita suka nombor 1 sampai hospital apabila pelanggan ada masalah. Di sini kita sedang tunjukkan after sales value kepada bakal pelanggan.
Akhir sekali, isu presentation. Kita dah jual produk ni mahal dari pasaran, takkan poster iklan samaa macam produk lain di pasaran? Poster pun kena lah nampak lebih mahal. Ubah branding, insyaallah harga tak lagi jadi isu utama. Contoh, kenapa prospek gila beli baju brand A berbanding brand B sedangkan brand B lagi murah? Sebab baju brand A dipakai oleh ramai artis & influencer.
Dapat sesuatu?
Cuba komen di sini apa 1 point yang anda dapat tangkap.
Belajar ilmu Facebook Ads untuk tarik prospek ke Whatsapp PM nak membeli seramai mungkin, dapatkan video panduan Facebook ads di sini https://dzulfaqarhashim.com/settingads/