Tips Memilih Nama Domain : Panduan Pilih Nama Domain

Tips Memilih Nama Domain : Panduan Pilih Nama Domain

Nama domain yang unik melambangkan identiti sesuatu website. Jika nama domain terlalu panjang, orang susah nak ingat. Kalau terlalu pendek, orang tak faham. Jadi sebab itu tips memilih nama domain dalam artikel ini boleh membantu anda untuk pilih dan beli nama domain yang sesuai.

Tips Memilih Nama Domain

Kenapa Perlu Memilih Nama Domain Terbaik

Nama domain adalah seperti  alamat rumah untuk sesuatu laman web. Kalau salah alamatnya, maka akan salah destinasinya.

Bayangkan prospek salah alamat dan sampai ke laman web pesaing anda, anda mungkin akan kehilangan prospek, disebabkan kesalahan simple ni.

Jadi adalah sangat penting untuk anda memilih nama domain terbaik untuk laman web supaya anda dapat pastikan prospek memang betul-betul sampai ke laman web anda, bukan laman web pesaing anda.

Bagaimana nak pilih nama domain terbaik untuk laman web? Ini tips memilih nama domain mudah yang boleh anda gunakan ketika memilih nama domain.

Tips Memilih Nama Domain Dengan Betul

1. Maksimum 2-3 Patah Perkataan

Nama domain yang terbaik hanya menggunakan maksimum 2-3 patah perkataan. Contohnya seperti nama domain laman web servis google ads adalah sifugoogle.my

2. Nama Yang Sesuai / Relevan

Pastikan 2-3 patah perkataan yang dipilih untuk nama domain anda adalah sesuai dengan maksud atau kandungan yang ingin anda sampaikan dalam laman web.

Sebagai contoh, nama domain sifugoogle.my tadi, secara terus, tanpa perlu berfikir pun kita sudah tahu yang laman web ini sudah tentulah berkenaan dengan perkhidmatan google.

3. Mudah Dieja

Apabila mudah diingati, harus pastikan nama domain juga mudah untuk dieja. Gunakan ejaan secara terus, ‘straight forward’ elakkan ejaan ‘fancy’.

Ejaan yang ‘fancy’ atau gabungan ejaan Bahasa Melayu dan English ni boleh mengundang kepada kekeliruan.

Jika prospek keliru tentang ejaan nama domain anda, risiko untuk mereka ‘sesat’ sangat tinggi, anda yang akan rugi. Gunakan ejaan yang mudah.

4. Mudah Disebut

Mudah ingat, mudah eja dan mudah sebut. Apabila nama domain mudah disebut, secara automatiknya mudahlah untuk orang ingat. Gunakan perkataan yang biasa orang gunakan, yang biasa orang dengar. Elakkan dari menggunakan perkataan istilah saintifik atau doktor falsafah hingga buatkan susah untuk disebut.

5 . Unik

Nama unik mudah diingati melambangkan sesuatu jenama itu sendiri. Kekurangannya kadangkala orang tak faham apa maksudnya, melainkan jenama anda dah terkenal macam jenama-jenama terkemuka dalam pasaran.

Jika memang merancang untuk kembangkan dan kukuhkan jenama sendiri, sangat  disarankan anda pilih nama domain yang unik.

Cara paling mudah yang biasa dilakukan untuk dapatkan nama domain yang unik ialah dengan menggabungkan 2 patah perkataan menjadi satu.

6. Tidak Guna Perkataan Negatif

Nama domain anda ialah nama laman web anda, sekaligus memberi gambaran awal terhadap bisnes yang anda jalankan. Jika gunakan perkataan negatif sebagai nama domain, ini menunjukkan anda bisnes anda juga negatif.

7. Semak Masih ‘Available’ Atau Tidak

Pentingnya Memahami Tips Memilih Nama Domain

Akhir sekali, selepas sudah berjaya dapatkan beberapa idea nama domain idaman untuk membuat website, anda perlulah semak samada nama tersebut sudah didaftarkan oleh orang lain atau pun tidak.

Secara ringkasnya, anda perlu telitikan terlebih dahulu tips memilih nama domain ini sebelum anda buat keputusan memilih nama domain terbaik untuk laman web.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top