Tips: Langkah Untuk Pasarkan Produk Atau Servis Baru

Tips: Langkah Untuk Pasarkan Produk Atau Servis Baru

Tips: Langkah Untuk Pasarkan Produk Atau Servis Baru

Kuasa membeli semakin hari semakin menurun kerana kuasa menjual semakin meningkat hari demi hari. Rata-rata rakyat Malaysia kini, berlumba-lumba untuk menjual produk dan servis mereka sendiri.

Perkara ini amat membimbangkan para usahawan yang sudah lama menapak didalam dunia peniagaan pada hari ini.

Penurunan kuasa mambeli ini menyebabkan jualan para peniaga juga akan turut memberi impak kepada mereka. Apakah Langkah untuk pasarkan produk atau servis baru?

Langkah ini dikenali sebagai marketing. Terdapat beberapa langkah yang paling utama untuk memasarkan produk dan servis baru.

Bagaimana?

1. Kenal Produk dan Bakal Pelanggan dengan Mendalam

Kita tidak boleh pasarkan produk jika kita tidak kenal produk dan pengguna produk itu. Ramai para usahawan yang terus menjual TANPA mengenali produk dan pelanggan. Hasilnya: Produk susah untuk dijual, penjual pun putus asa.

2. Buat Kajian Tentang Produk

Anda perlu mengenali ciri-ciri produk, apa manfaat dan kelebihan jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing? Jika anda melakukan kajian ini terhadap produk yang bakal anda jual. Anda dapat melihat potensi produk anda.

3. Buat Kajian Tentang Pelanggan

Siapa yang perlukan produk ini?

Siapa yang gila-gila perlukan produk ini sampai mereka sanggup bayar duit sekarang?

Siapa yang gila-gila perlukan produk ini sampai mereka tidak sabar-sabar dan tidak berkira untuk dapatkan produk ini segera?

Apa masalah yang menghantui mereka?

Apa ayat yang mereka cakap pada diri sendiri? Apa yang mereka beritahu diri sendiri?

Apa yang mereka fikir, rasa, dengar, lihat berkaitan dengan produk?

Apa ketakutan, harapan, impian mereka?

Pelanggan tidak mahu membeli produk. Membeli produk ialah JALAN mereka untuk sampai ke destinasi. Membeli produk ialah perantara mereka untuk selesaikan masalah.

Kita takkan dapat buat pelanggan membeli kalau kita sekadar menjual produk. ‘Membeli produk’ tidak memotivasikan mereka. ‘Menyelesaikan masalah’ ialah motivasi yang lebih kuat untuk mereka bertindak membeli.

4. Tekankan Keunikan Produk (USP)

Anda perlu tekankan  keunikkan produk anda. Kenapa pelanggan perlu membeli dengan anda apa kelebihan yang ada pada produk anda yang tidak ada pada orang lain. Selain itu, jika anda menekankan keunikan produk atau servis anda agar bakal pembeli anda lebih percaya dan yakin bahawa produk atau servis mereka boleh membantu mereka.

Sebagai contoh, jika anda lihat di Facebook, berapa ramai internet marketer yang mengadakan seminar untuk bisnes online? Bagaimana cara saya membezakan seminar saya dengan seminar-seminar yang lain?

5. Banyakkan Berkongsi Informasi Berguna

Satu cara terbaik untuk anda pasarkan produk anda adalah dengan berkongsi maklumat yang boleh membantu pembeli anda menyelesaikan masalah. Jika dilihat pada trend sekarang, antara post yang paling banyak di share di facebook adalah post perkongsian maklumat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top