Tips Copywriting Berkesan : Cara Buat Copywriting Dengan Betul

Setiap pemilik perniagaan perlu memahami asas penting dalam penulisan ayat jualan. Copywriting adalah salah satu tools dalam marketing. Oleh sebab itu kami akan kongsikan tips copywriting berkesan yang boleh membantu anda.

Tips Copywriting Berkesan

Tips Copywriting Berkesan

1. Eksploitasi Kelebihan Produk

Kalau pergi menuntut ilmu daripada mana-mana sifu marketing sekali pun, perkara asas dalam copywriting dengan mengenal pasti kelebihan produk. Fikir bagaimana produk dapat memberi manfaat kepada pengguna. Apakah nilai yang bakal pengguna terima setelah menggunakan produk tersebut.

2. Kenal Siapa Audience

Setelah mengenal pasti manfaat produk, ia memudahkan kerja seterusnya. Barulah boleh mengenali siapa audience anda yang sebenarnya. Anda dah tahu golongan mana yang memerlukan produk anda. Bukan semua orang akan lihat setiap iklan di dunia ini. Setiap iklan itu ada golongan sasarannya.

3. Kaji Kelemahan Pesaing

Cuba kaji kelebihan dan perbezaan yang ada pada produk anda berbanding pesaing. Buat kaji selidik dan senaraikan dan tengok berapa banyak perbezaan yang ada. Bila dah kenalpasti, selesaikan masalah yang timbul daripada kelemahan pesaing. Jangan sesekali menjatuhkan pesaing secara kasar. Bersaing secara sihat.

4. Cipta Matlamat Copywriting

Sebelum mula menulis, fahamkan apakah objektif penulisan yang anda buat. Setiap objektif, berbeza pendekatan. Penting bagi anda menentukan terlebih dahulu apakah objektif utama dalam copywriting yang dihasilkan.

Antara objektif yang sering ditetapkan dalam sesebuah copywriting antaranya adalah:

5. Fokus Pada ‘Anda’, Bukan ‘Kami’

Jangan syok sendiri. Copywriting perlu merujuk kepada prospek, bukannya diri sendiri. Jangan ghairah menceritakan perihal diri sendiri. Prospek tidak berminat pun. Elakkan guna perkataan ‘kami’, ‘saya’, ‘beta’ atau ‘patik’. Gunakan perkataan seperti ‘awak’, ‘kamu’, ‘anda’, ‘bro’ atau ‘sis’. Supaya prospek dapat merasakan anda sedang merujuk kepada masalah mereka dan anda ikhlas mahu membantu mereka.

Semoga perkongsian tips copywriting berkesan ini memberi manfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.