Cara Elak Akaun Instagram Kena Hack Atau Hilang

Cara Elak Akaun Instagram Kena Hack Atau Hilang

Instagram adalah salah satu aplikasi popular yang digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Macam-macam gambar boleh dikongsikan oleh pengguna dan ada juga yang buat pendapatan dari platform instagram. Pernah tak anda mengalami masalah terlupa password atau akaun kena hack? Ada beberapa cara elak akaun instagram kena hack atau hilang.

Cara Elak Akaun Instagram Kena Hack

Jika anda seorang instafamous atau orang bisnes, apa yang anda rasa kalau hilang instagram kerana ia seakan bala petaka. Tanpa sedar kemungkinan boleh hilang instagram sebab terlupa, tukar handphone atau kene hack.

Perkara-perkara ni kena peka untuk kekal selamat lebih-lebih lagi orang yang pernah tinggalkan instagram tanpa log out.

Ada beberapa tips yang perlu anda ambil kira bagi memastikan akaun instagram anda kekal selamat dan mudah nak recover balik jika terlupa dan sebagainya.

Cara Elak Akaun Instagram Kena Hack

1. Letak Password Yang kuat

Letak password yang betul-betul susah orang nak tahu tapi yang penting korang kena ingat dan jangan lupa. Letak huruf and nombor. Paling tak pun korang letak je pasword yang pastinya akan ingat sampai mati.

Contoh salah : abc123

Contoh betul : Along349@!

2. No Telefon Aktif

Cuba bayangkan kalau no handphone dah mati atau tak aktif memang tak dapat balik akaun tu sebab instagram akan hantar code security kat korang dan kalau handphone tak aktif macam mana instagram nak hantar?

3. Link email kat setting

Sekiranya benda no.2 tu terjadi atau tak dapat code security kat no.handphone, sekurang-kurangnya boleh dapat balik akaun bila link-kan email dekat instagram. Lepas dah link tu kena verify balik dari email.

Pastikan juga email tu ingat. Letakkan email yang dominan dengan semua perkara atau kalau tak nak bercampur, letakkan je email untuk media sosial. Segala akaun media sosial seperti Facebook, WhatsApps, Instagram, Tiktok dan sebagainya.

4. Jangan daftar pakai Facebook

Memang betul instagram bagi kemudahan untuk terus daftar akaun instagram menggunakan facebook. Tapi cara tu kurang selamat. Sebagai contoh, kalau lupa password dan nak reset balik password agak susah nak dapat. Lagi-lagi kalau link kan 2-5 akaun instagram dalam satu akaun Facebook memang parah.

5. Guna fungsi Two-factor Authentication

Fungsi ini bagus untuk mengelakkan akaun instagram kena hack sebab bila nak log in, kena hantar code yang diberi oleh instagram untuk log in.

6. Jangan tulis komen negative

Elakkan menulis komen-komen negatif. Berhati-hatilah ketika menaip. Berisiko untuk di report.

7. Jangan Follow / Unfollow laju sangat

Teknik ni kerap digunakan untuk orang yang suka naikkan followers. Boleh buat macam ni tapi jangan laju sangat takut akaun kena blok.

1 thought on “Cara Elak Akaun Instagram Kena Hack Atau Hilang”

  1. saya ada masalah nak log masuk instagram kerana verify code hantar kat no fone yang tidak aktif dengan email tidak aktif. ada cara lain tak untuk dapatkan instagram tu?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top