Bagaimana Cara Untuk Terus Fokus Dalam Mencapai Matlamat

Bagaimana Cara Untuk Terus Fokus Dalam Mencapai Matlamat

Matlamat dan impian tak lari daripada lumrah manusia. Setiap daripada kita mempunyai impian dan matlamat yang tersendiri.

Ada yang ingin membeli rumah, Ada yang ingin  membeli kereta dan, ada juga yang ingin cepat menamatkan pengajiannya.

Bagaimana Cara Untuk Terus Fokus Dalam Mencapai Matlamat

 

Saya sangat yakin, anda juga ada cita-cita untuk mencapai impian anda kan?

Jangan risau!

Dalam artikal kali ini, saya nak kongsikan cara bagaimana untuk untuk terus fokus pada matlamat yang kita dah tetapkan. Saya tak nak cakap banyak lagi sebab saya tahu korang semua dah tak sabar untuk tahu apa caranya kan?

5 Tips Untuk Fokus Dalam Mencapai Matlamat

1. Tetapkan Pendirian Anda

Setiap kali kita mempunyai idea baru, anda perlu percaya pada diri anda sendiri walaupun pada awalnya anda sendiri tidak beberapa yakin dengan apa yang anda sedang lakukan.

Percaya cakap saya, Kalau anda sendiri tidak yakin dengan diri anda sendiri, orang lain 100 kali ganda tidak akan percaya dengan apa yang anda buat. Tidak kisahlah, Dia sahabat sejati, family atau pasangan anda sendiri.

Jadi untuk berjaya, anda yang perlu tetapkan pendirian anda dan percaya pada diri anda sendiri.

2. Fokus & Motivate Diri

Sejujurnya untuk mengejar impan bukan suatu perkara yang mudah. Kita sebagai manusia sering terleka dengan tujuan asal kita. Itulah sifat semula jadi kita sebagai seorang manusia. Mudah terleka dan alpa.

Jadi apa yang kita boleh buat adalah setiap hari remind balik apa tujuan kita.

Sebagai contoh, Anda seorang usahawan yang berniaga produk kesihatan. Ingat balik apa tujuan anda berniaga?

Aku berniaga ni sebab aku nak membantu orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan. Insyaallah, dengan produk aku ini aku boleh capai matlamat aku.

Aku berniaga ni sebab aku nak kaya. Aku nak beli rumah. Aku nak beli macam-macam.”

Tak kisahlah apa tujuan anda. Remind balik apa tujuan anda supaya anda boleh fokus untuk mengejar matlamat anda.

3. Jadikan Pendapat Orang Sebagai Kekuatan Anda

Dalam mengejar apa yang kita impikan, kita akan jumpa 2 jenis orang. Orang yang akan memberi kata-kata semangat kepada kita dan orang yang akan cuba untuk menjatuhkan kita.

Tak kisahlah baik atau buruk kata-kata yang diberikan, jadikan ia sebagai penguat anda. Yang baik sebagai pembakar semangat anda untuk terus berjaya dan yang buruk jadikan nya sebagai penambahbaikkan.

Kita tak perfect, jadi kita perlu ada individu yang mengkritik untuk membantu kita membantu kesalahan kita.

4. Menambah Ilmu Pengetahuan

Kita perlukan seseorang yang telah berjaya dan tahu macam mana selok-belok dalam bidang yang dicuburi.

Kita ambil contoh tadi iaitu anda sebagai seorang usahawan yang menjual produk kesihatan. Jika anda mempunyai senior yang lebih lama menjual produk kesihatan. Anda akan dapat banyak tips daripada senior anda. Apa yang anda perlu buat dan apa yang anda tak boleh buat.

Ini sebagai jalan ‘short-cut’ kepada anda untuk maju. Kenapa saya kata ‘short-cut’ sebab dari situ kita akan tahu jalan pintas untuk berjaya dan kita dah tak perlu ulang kesilapan yang mereka dah buat.

5. Bergaul Dengan Orang Yang Mempunyai Keinginan Sama.

Bagi saya tips ini sangat penting sebab bergaul dengan orang yang mempunyai keinginan yang sama secara tak langsung dapat membakar semangat anda. Ini lebih kepada psikologi.

Saya akan bagi perumpaan supaya anda semua lebih faham. Saya yakin semua pernah membaca dan mendengar berkenaan perumpaan ini.

حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِالصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin ‘Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda:

“Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”.

(HR Bukhari)

Apa yang kita boleh ambil daripada perumpaan ini adalah sahabat ibarat cermin kita. Kalau kita ada semangat untuk berjaya dan untuk mengubah nasib hidup kita. Sahabat kita pun akan mempunyai rasa yang sama. Kenapa? Sebab kita akan mempengaruhi antara satu sama lain.

Sebab itu saya kata tips ini sangat penting.

Bonus!

Dalam setiap apa yang kita buat, bergantunglah sepenuhnya kepada Allah azwajalla. DIA yang memberi kita kerjayaan, DIA juga lah yang memberi kita cabaran. Kejarlah keberkatan-NYA kerana itulah semua asas yang kita mahukan. InsyaAllah!

Kejayaan tidak akan tercapai tanpa usaha. Usaha tidak akan tercapai tanpa semangat yang utuh.

Dalam Islam, ada 3 prinsip untuk meraih kejayaan.

1. مَنْ جَدَّ وَجَدَ

Man jadda wajada bermaksud “Sesiapa yang berusaha akan mendapat apa yang diusahakannya.”

2. مَنْ زَرَعَ حَصَدَ

Man zara’a hasada bermaksud “Sesiapa yang bercucuk tanam akan menuai hasilnya.”

3. مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ

Man yajtahid yanjah bermaksud “Sesiapa yang berusaha akan beroleh kejayaan.”

Kita mungkin mempunyai matlamat yang berbeza tapi kita mempunyai keinginan yang sama. Iaitu untuk mencapai kejayaan. Saya harap perkongsian saya pada kali ini dapat membantu anda semua untuk terus fokus dalam mengejar matlamat anda.

Wallahu’alam.

Anda ingin berjaya dalam online business anda? Kami boleh membantu anda untuk consult bisnes anda. Kami ada menawarkan beberapa pakej yang dapat membantu anda untuk uruskan bisnes anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi di talian.

En. Shahir: 0173260632

En. Umar: 0176026002

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top