Apa Itu Affiliate Marketing: Maksud Dan Konsep Affiliate Marketing

Apa Itu Affiliate Marketing: Kelebihan Affiliate Marketing

Dalam dunia Internet Marketing ataupun dalam bidang bisnes, salah satu model bisnes yang popular sekarang adalah Affiliate Marketing. Apa itu affiliate marketing?

Apa Itu Affiliate Marketing: Kelebihan  Affiliate Marketing

[Photo Source: mojobisnes]

Jika anda seseorang baru belajar tentang ilmu internet marketing. Anda akan belajar mengenai apa itu affiliate marketing kerana prosesnya lebih mudah jika dibandingkan dengan menjual produk sendiri.

Apa Itu Affiliate Marketing?

Affiliate marketing merupakan satu sistem pemasaran menggunakan komisen.

Sebagai contoh, seorang affiliate marketer akan mendapat komisen daripada setiap jualannya. Sistem ini tidak hanya terletak pada jualan produk kerana affiliate marketing mempunyai banyak jenis dan konsepnya.

Terdapat 3 pihak yang terlibat dalam Sistem Affiliate Marketing, iaitu;-

  • Merchant

Pihak ini disebut sebgai creator atau brand. Ia adalah pihak yang memegang pemilik atas suatu produk.

  • Affiliate

Pihak yang disebut sebagai publisher, affiliate memiliki kekuatan untuk mempengaruhi orang-orang agar membeli sesuatu produk.

Biasanya golongan ini meliputi blogger, influencer, atau syarikat khusus di bidang affiliate marketing.

  • Pelanggan

Terakhir sekali adalah golongan yang akan melalukan pembelian terhadap sesuatu produk yang dipromosikan oleh affiliate.

Secara ringkasnya, affiliate marketing ini lebih simple daripada bisnes online yang lain.

Mengapa? kerana marketer hanya perlu mempromosikan produk ataupun website. Jika anda berjaya untuk membawa orang untuk klik website pemilik produk menurusi kita, kita akan dibayar mengikut setiap klik yang kita perolehi. Lebih simple lagi, jika mereka membeli, anda akan mendapat komesyen daripada syarikat tersebut.

Secara asasnya, anda hanya memerlukan link affiliate yang khusus, kemudian pasarkan dan buat orang tertarik untuk masuk ke link tersebut. Biasanya, link telah di sediakan oleh penjualannya di halaman khusus penjual.

5 Sebab Harus Memilih Affiliate Marketing

Affiliate marketing ini adalah ilmu asas bagi online marketer. jadi sangat penting untuk menguasai dan mampu menjalankan bisnes ini kerana;-

1. Tidak perlu modal besar. ya, tidak perlu modal besar. bahkan anda boleh menjalankan ini dengan tanpa modal. tinggal ambil link affiliate anda dari vendor dan kemudian promosikan linknya. jika ada sale maka anda mendapatkan komisen. walaupun kadang cara ini kurang efektif, ada cara yang lebih powerfull untuk menjadi affiliate marketer.

2. Tidak memerlukan produk sendiri, jadi anda hanya memasarkan saja. anda tidak memikirkan pengeluaran, proses, uruskan pembelian. semuanya dikerjakan oleh vendor. anda tidak perlu lagi melakukan apapun setelah membawa pembeli ke website vendor.

3. Tidak perlu bersusah payah? ya, kerana tugas anda hanya membawa pengunjung ke laman web vendor. semakin banyak pengunjung yang datang melalui link anda, maka semakin besar peluang terjadinya penjualan. dan komisen jualan itu menjadi milik anda.

Platform Affiliate Marketing Di Malaysia

1. PLATFORM ONPAY

Onpay secara amnya menyediakan khidmat yang sama seperti Aztetic. Pasaran sasarannya adalah para pemilik produk digital.

Onpay tidak menyediakan ruangan marketplace yang menyenaraikan kesemua produk yang boleh dipromosikan sebagai affiliate. Kita harus mendapatkan link program affiliate dari setiap pemilik produk itu sendiri.

2. PLATFORM JVSECUREPAY

JVSecurePay sebuah platform pemasaran affiliate yang digunakan oleh Tim InfoKerjaya yang diasaskan oleh Muaz Hadi, Ikhwan Fahmi dan Syed Faiz. Tim InfoKerjaya menyediakan pelbagai produk digital dalam niche kerjaya. Ada lebih 10 produk yang boleh anda pasarkan di dalam platform JVSecurePay.

3. PLATFORM KLIKJER

Klikjer sangat mudah untuk digunakan. Pada ketika ini, ada hampir 20 buah produk digital yang boleh anda pasarkan dari Klikjer.com.

4. PLATFORM ORDERSINI

Order Sini menyediakan platform jualan untuk produk digital, fizikal dan juga servis. Ia memberikan penjual platform untuk membina ejen pemasaran bagi produk dalam bentuk affiliate dan juga dropship.

Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini, saya harap ia dalam membantu anda memberi pencerahan mengenai apa itu affiliate marketing.

Untuk mengetahuan anda, bumbu juga ada membuat perkhidmatan menyediakan  servis affiliate marketing di website anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah.

Jangan lupa, Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu agency@gmail.com

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

Instagram: @bumbu.agency

Facebook: Bumbu Agency

Twitter: @bumbuagency

Tiktok: @bumbuAgency

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top