Tips Sales: Cara Untuk Kaut Untung Lebih Dari Pelanggan Sedia Ada!

Tips Sales: Cara Untuk Kaut Untung Lebih Dari Pelanggan Sedia Ada!

Ramai usahawan muda sekarang kurang faham bila bercakap tentang untuk meningkatkan keuntungan bisnes, Ramai yang beranggapan bahawa untuk meningkatkan keuntungan bisnes, mereka perlu menambahkan jumlah pelanggan yang ada. Untuk menambah pelanggan, mereka perlu mengeluarkan sejumlah kos untuk bajet iklan. Tetapi bagaimana cara untuk kaut untung lebih dari pelanggan yang sedia ada tanpa mengeluarkan kos yang lebih?

Sebelum kita mengupas tajuk kita hari ni, ada satu persoalan.

Cara Untuk Kaut Untung Lebih Dari Pelanggan Sedia Ada!

Adakah Salah Untuk Tingkatkan Jualan Dengan Menambah Jumlah Pelanggan?

Jawapanya,

Tak salah pun, kita sebagai usahawan memang kene selalu cari pelanggan baru. Itu sudah menjadi sebahagian daripada tugas kita tapi perasan tak apa masalah yang sering belaku bila kita menjalankan kempen untuk menambah pelanggan?

  • Kos iklan semakin mahal
  • kos untuk mendapatkan seorang pelanggan tinggi
  • Margin keuntungan semakin kecil

Jadi untuk mengelakkan masalah ini berlaku, kita perlu mempunyai cara lain untuk meningkatkan jualan kita.

Bagaimana?

Gunakan pelanggan kita yang sedia ada. Pelanggan yang pernah membuat pembelian dengan anda merupakan individu yang mempunyai kepercayaan kepada anda dan produk anda. Jadi anda hanya perlu menjadikan pelanggan sedia ada kepada pelanggan yang setia dengan anda supaya mereka membuat pembelian dengan anda berkali-kali.

Ia dinamakan sebagai ‘Customer Retention?’

Apa Itu Cusmotes Retention?

Customer retention bermaksud kebolehan sesuatu syarikat atau produk untuk mengekalkan pelanggan mereka dalam dalam satu jangka masa. Semakin lama pelanggan setia membeli dari mereka, semakin mereka untung tanpa keluarkan bajet iklan yang lebih. Senang cerita ubah pelanggan sedia ada kepada pelanggan setia.

Dari kita pening kepala nak spend duit iklan lebih banyak, lebih baik kita ubah pelanggan sedia ada kepada pelanggan setia. Supaya kita boleh perah keuntungan dari pelanggan setia.

Betul tak?

Kenapa Penting Untuk Kekalkan Pelanggan Sedia Ada?

Ada beberapa sebab kenapa pentingnya untuk kita jaga hubungan dengan pelanggan dan kekalkan mereka membeli dari kita.

Lebih Berbaloi

Kenapa lebih berbaloi? Sebab kos untuk dapatkan pelanggan semakin mahal. Tapi kos tu hanya dikeluarkan sekali saja untuk seorang pelanggan. Jika kita boleh buatkan pelanggan beli berkali-kali, bermaksud margin keuntungan kita juga semakin besar.

Bila pelanggan dah setia dengan kita, mereka akan mula membeli lebih kerap dengan jumlah yang lebih banyak. Kalau sebelum ni beli sebulan sekali dengan pembelian sebotol, mereka akan mula beli sebulan 2 kali dengan pembelian 2 botol atau lebih.

Sebab apa?

Sebab mereka dah kenal, suka dan percaya dengan kita. Bila pelanggan dah setia ni, kita nak upsell ke cross sell ke jadi lebih mudah.

So macam strategi untuk ubah pelanggan biasa kepada pelanggan setia?

3 Cara Ubah Pelanggan Biasa Kepada Pelanggan Setia

1. Follow Up

Banyak cara kita nak follow up pelanggan kita bergantung pada apa produk atau servis yang kita jual. Kita boleh follow up dah terima barang pos atau belum. Boleh bagi maklumat tambahan atau cara guna produk. Sentiasa ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan.

Kalau bisnes servis seperti urut, kita boleh follow up penghargaan dah menggunakan servis kita. Boleh minta feedback sepanjang berurusan dengan kita. Teruskan berhubung supaya mereka tak lupa terus pada kita.

2. NiLai Tambah Dalam Produk Atau Servis Anda

Katakan kita dah janjikan nak bagi free gift pada customer. Tapi bila pos, kita selit lagi satu nilai tambah contohnya kupon diskaun untuk pembelian seterusnya atau free gift tambahan. Pelanggan akan rasa dihargai dengan pemberian tambahan tu.

3. Customer Loyalty Program

Kebanyakan bisnes besar ada customer loyalty program mereka sendiri. Petronas, Shell, Petron, semua tawarkan hadiah untuk pelanggan mereka yang kumpul point terbanyak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top