Tiba Masanya Untuk Guna Facebook Messenger Ads!

Kalau anda tengok rata-rata sekarang menggunakan platform seperti Whatsapp dan Facebook untuk berbisnes. Bercakap mengenai Facebook, ramai sebenarnya yang tidak ketahui akan wujudnya Facebook Messenger Ads. Bermakna anda antara orang yang terawal tahu! Facebook Messenger Ads sebenarnya sudah menjalankan beta test mereka di Thailand dan Australia beberapa tahun yang lepas. Jangan risau, sekarang anda semua boleh menggunakannya. Jadi kenapa anda perlu invest guna Facebook Messenger Ads? Apa aspek penting yang anda perlu tahu?

Ada 4 perkara yang anda kena faham dan tahu tentang Facebook Messenger Ads:

1. Prospek Ramai Dengan Menggunakan Medium Pilihan Mereka

Customer support sekarang banyak beralih ke mesej atau lebih tepat ‘live chat’. Boleh dikatakan jarang orang akan call walaupun ada nombornya. Mesej banyak memudahkan kerja. Sebab kita boleh check pada bila-bila masa. Kalau menunggu untuk jawab call belum tentu akan dijawab.

Siapa suka bila anda bertanyakan sesuatu soalan dan responnya lambat? Confirm majoriti akan jawab ‘Tak suka’.

Kajian telah dibuat bahawa apabila anda lambat reply lebih dari 5 minit terutamanya kepada prospek anda, anda mungkin akan terlepas mereka dari genggaman.

Kalau nak dibandingkan dulu dengan sekarang, tempoh untuk respon semakin pendek. Kalau dahulu mungkin kita kena rajin berjumpa set tempat dan waktu atau call. Kadang-kadang tu tak cukup tangan. 

Kalau anda email sekali pun dan responnya 4 hari selepas pasti tiada siapa nak tengok dan baca. Ya, kenapa? Sebab anda pun tahu kadang-kadang email jarang kita check melainkan dapat notification email yang penting. Barulah ada kederat nak baca.

Facebook Messenger Ads secara efektif dapat mendapatkan lebuh ramai prospek dan pelanggan.

2. App ‘Live Chat’ Mendominasi

Perlu ke nak melabur iklan Facebook Messenger Ads? Untuk sedikit pengetahuan untuk anda, Facebook Messenger Ads sudah menjadi popular dan mendominasi peratusan penggunaan media sosial yang lain. Ya, betul sekali! 

3. Target Kasawan Lokal Anda Dalam Messenger Ads

Salah satu cara yang terbaik untuk guna Facebook Messenger Ads pastikan target anda adalah orang lokal atau yang berdekatan untuk ‘brand awareness’. Pastikan target tidak terlalu general.

Pernah tak anda cuba guna Instagram atau Google buat iklan? Menjadi tak? Kalau anda rasa result tidak memberangsangkan mungkin kali ini dengan Facebook Messenger Ads ia dapat membantu anda dengan masalah tersebut.

Dengan feature baru “Local awareness”, anda boleh buat ‘newsfeed ads‘ yang boleh mendapatkan lebih banyak engagement. Anda hanya perlu pilih local audience secara spesifik berdasarkan lokasi anda berada untuk prospek anda lihat:

facebook messenger ads local business awareness

Gambar kredit: Adespresso


Apabila sudah pilih kawasan atau audience anda, anda boleh bagikan kepada mereka offer yang lebih spesifik yang mereka boleh gunakan dari bisnes anda. 

jaspers marketing example

Gambar kredit: Siliconangle

 

4. Messenger Ads Sesuai Untuk Mulakan Konversasi

Kalau anda rasa nak dapatkan lead itu satu bebanan atau sangat susah, mungkin Messenger Ads dapat menyelesaikan masalah itu. 

Untuk mudahkan fahaman anda Facebook Messenger Ads bagus ia balance antara pengiklanan dan real sales conversations.

Sebagai contoh yang anda boleh lihat pada Jon Loomer yang menggunakan jenis iklan ni yang mendapatkan conversion dengan potensi lead:

facebook ads messenger cta

Gambar kredit: Jonloomer

Daripada prospek anda mendaftar untuk training course dan membayar Jon Loomer, Jon Loomer minta prospek untuk mesejnya terus dan berbual atau bincangkan apa yang perlu.

 Dia lebih kepada membantu dan lihat samada prospek itu okay dengan apa yang ditawarkan daripada Jon Loomer berharap yang prospek akan tahu serta faham dan membazirkan duit.

Ini memastikan pengguna dapat special treatment yang kebiasaannya tak akan dapat apabila dengan marketing biasa kita pernah lihat. Habis saja pelanggan anda respon, anda boleh customisekan respon mesej secara automatik menggunakan bots.

facebook messenger ad chat bots

Gambar kredit: Jon Loomer

Nak pastikan untuk deliver custom offers serta CTA tidaklah mudah seperti yang anda sangkakan.

 

Facebook Messenger Ads mampu membantu anda dari segi personaliti bisnes andadan marketing yang terbaik! Adanya platfrom baru ini senanglah untuk dapat target yang tepat. Anda pastikan target anda betul-betul tepat.

Semestinya ia merupakan satu permulaan yang bagus untuk ‘sales conversation‘ yang tak dapat disangkalkan memang susah untuk achieve. Kalau dah ada keserasian, anda boleh akses inbox mereka sepanjang masa.

 

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top