Soft Sell atau Hard Sell Yang Baik Digunakan Didalam Iklan?

Yang mana satu lebih baik untuk digunakan dalam iklan? Soft sell ataupun hard sell? Bagi yang tidak tahu apa itu soft sell dan juga hard sell, saya akan jelaskannya..

Soft sell adalah pengiklanan secara tidak langsung kepada prospek anda. Kandungan iklan anda tidak nampak seperti anda terus ingin menjual dan tidak nampak keras seolah-olah anda memaksa prospek anda untuk membeli. Mungkin anda beritahu kelebihannya, ciri-ciri produk, memberikan tips dan sebagainya. Contohnya:

soft sell

Manakala, hard sell pula adalah pengiklanan secara langsung kepada prospek anda. Iklan anda jelas memaparkan anda buat promosi untuk menjual dan mahu prospek anda terus membeli. Sebagai contoh, anda terus beritahu ada promosi dan letakkan harganya sekali. Contohnya:

soft sell

Jadi anda sudah nampak perbezaan antara soft dan juga hard sell?

Jadi, cara mana yang lebih berkesan antara soft sell dan juga hard sell? Sebenarnya tiada yang lebih baik sama soft sell ataupun hard sell, cuma ia bergantung kepada kandungan, copywriting di dalam iklan anda dan juga prospek tersebut. Ada yang terkesan dengan iklan soft sell kerana membaca kelebihan, ciri-ciri produk atau tips yang diberikan yang mana mereka merasakan produk atau servis yang dijual dapat membantu mereka.

Dan ada juga terkesan dengan iklan hard sell kerana mungkin sudah lama mencari atau memendam rasa untuk membeli produk atau servis tersebut dan tiba-tiba ada pula promosi yang tengah dijalankan. Mesti mereka mahukan.

Jadi kesimpulannya, anda kena belajar tentang prospek anda macam mana dan pelbagaikan cara atau teknik pengiklanan anda dengan menggunakan cara soft sell dan juga hard sell.

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top