Hari Raya Aidilfitri 2021: Panduan Menyambut Aidilfitri Norma Baharu.
Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan secara besar-besaran di Malaysia. Ia turut diraikan oleh bangsa lain yang beragama islam tidak kira di dalam mahupun di luar negara. Apakah yang perlu dilakukan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021?
Sudah genap setahun sejak kita terpaksa menghadapi cabaran dalam bersama-sama untuk menghapuskan wabak covid-19. Banyak yang kita lalui untuk meneruskan hidup walaupun dalam norma baharu. Ada yang dipotong gaji, dibuang kerja dan kehilangan syarikat yang dibina dengan usaha sendiri.
Namun begitu ada juga segelintir masyarakat yang mengambil peluang berniaga secara atas talian kerana rakyat tidak dibenarkan keluar rumah dan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Ramai online seller yang berjaya dengan bisnes mereka.
Sebahagian daripada online seller yang berjaya membuka peluang kepada orang lain, iaitu kepada mereka yang mahu mendapatkan side income dengan menawarkan program dropship atau ejen produk mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang dibuang kerja atau tiada pekerjaan untuk survive.
Kerajaan juga memberi bantuan dari segi kewangan kepada rakyat untuk meringankan beban rakyat. Inisiatif daripada kerajaan ini amat bermanfaat terutamanya kepada pelajar ipta dan ipts.
Hari Raya Aidilfitri 2021
Norma baharu adalah merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.
Demi menjaga diri, keluarga dan orang sekeliling daripada dijangkiti virus covid-19, kita perlu biasakan diri dengan mengamalkan norma baharu yang diumumkan oleh kerajaan.
Adakah pada Hari Raya Aidilfitri 2021 kita dapat berkunjung ke rumah sanak-saudara? Atau kita tidak dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri?
Namun begitu hidup perlu diteruskan sama ada kita dapat pulang ke kampung ataupun beraya di perantauan demi menjaga keselamatan ahli keluarga untuk tidak menjadi penyebar wabak covid-19.
Aktiviti di Bulan Ramadan
-
Usrah
Sertai usrah yang dianjurkan untuk merapatkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat.
-
Ceramah
Sertai program ceramah sama ada secara online atau di kawasan berdekatan dengan rumah anda.
-
Memasak bersama
Membantu dan menyediakan juadah berbuka bersama-sama. Hal ini dapat engeratkan silaturahim dalam keluarga.
-
Membaca Al-Quran
Buat halaqah untuk membaca al-Quran beramai-ramai. Boleh dilakukan selepas solat asar. Ini boleh dilakukan bertujuan untuk khatam al-Quran bersama-sama.
Amalan Norma Baharu
-
Elakkan 3S
-Sesak
Elakkan berada di tempat yang sesak.
-Sempit
Elakkan duduk di tempat yang sempit dan tertutup.
-Sembang dekat
Jarakkan diri ketika bersembang. -
Amalkan 3W
–Wash
Wash hand regularly.
–Wear
Wear Face mask and hand sanitizer.
–Warn
Dapatkan rawatan jika bergejala.
Panduan Menyambut Aidilfitri Norma Baharu
-
Face mask
Sentiasa memakai face mask.
-
Cuci tangan
Cuci tangan menggunakan sabun dengan kerap.
-
Pendaftaran maklumat
Bagi tuan rumah, sediakan buku pendaftaran maklumat atau QR code untuk tetamu mendaftar.
-
Bersalaman
Elakkan bersalaman dan bersentuhan. Letakkan tangan di dada sebagai tanda bersalaman.
-
Tetamu
Elakkan kehadiran tetamu melebihi luas isi rumah pada satu masa ke satu masa.
-
Panggilan Video
Buat panggilan video kepada keluarga dan sanak saudara yang jauh dimata dipagi hari raya menggunakan aplikasi seperti Zoom, Google meet dan Whatsapp.
Bersama-sama kita berganding bahu dalam memutuskan rantaian covid-19. Patuhi SOP dan sentiasa menjaga diri dan keluarga. Biasakan diri dengan amalan norma baharu. Korbankan sedikit keinginan untuk menyambut lebaran kali ini seperti lebaran pada tahun-tahun sebelum ini demi keselamatan keluarga kita yang berada di kampung.