Nak Tahu Teknik Close Sales Paling Proven?

Anda sering sekali dibluetick oleh prospek? Kadang-kadang ada juga yang jenis jujur beritahu terus tidak berminat dengan produk / servis kita. Mungkin semua ini disebabkan teknik close sale kita yang tidak menjadi dan kurang menarik. Jadi disini saya akan beritahu apa yang anda perlu buat semasa closing yang paling proven.

 

1. Bagi Jaminan Dekat Customer

bagi jaminan dekat customer, teknik close sales, bumbu agency, social media marketing expert, malaysia

Kalau anda yakin produk / servis anda sangat baik & berkesan. Anda boleh berikan jaminan kepada bakal prospek. Mereka akan mudah tertarik dengan tawaran jaminan ini kerana ia selamat & kurang risiko apabila mereka membeli. Cara atau teknik close sales paling mudah adalah dengan menunjukkan testimoni dari customer yang boleh dipercayai dan sudah lama menggunakan produk itu. Selain itu, anda juga boleh cuba cara lain seperti wang dipulangkan tanpa soal atau wang dipulangkan dalam beberapa hari. Tapi AWAS! Kalau produk anda jenis timbang kilo, JANGAN gunakan teknik ini. Anda hanya mencari padah sahaja!

 

2. Tiada Paksaan

Kadang-kadang dalam hidup ini kita ni sebagai penjual akan kelihatan seperti memaksa prospek untuk suruh membeli produk kita tetapi mereka masih tidak membeli. Banyak cara sudah digunakan untuk close sales tetapi jangan risau anda boleh cuba trick ini dengan menggunakan ayat ini:

“Tidak mengapa, kalau sis tak mahu beli sekarang pun tidak menjadi masalah tapi kalau sis nak orang office terus membawang muka sis macam kawah bulan, teruskanlah. Saya hanya cuba membantu saja untuk sis nampak cantik”.

Nampak tak? Kelihatan dengan teknik ini seperti kita menyuruh untuk membeli tetapi pada masa yang sama kita menyuruh prospek untuk berfikir. Ya, kita masih boleh buat softselling dengan teknik ini. Sesetengah orang mungkin tidak akan suka terhadap teknik ini kerana bunyinya agak kasar bila didengari. Sesetengah orang memerlukannya sebab sebab bagi kesedaran. Kalau prospek itu tidak menampakkan kesungguhan untuk membeli produk / servis kita.

3. Buat Ayat Sedih

buat ayat sedih, teknik close sales, bumbu agency, social media marketing expert, malaysia

Teknik ketiga ini sesuai bagi prospeknya susah untuk respon mesej. Cara ini mungkin menampakkan kita mahu raih simpati tetapi sebagai manusia kita tahu sikap atau rasa kesian terhadap seseorang itu pasti ada. Mungkin dengan cara ini sahaja kita dapat menarik prospek untuk membeli.

“Sis, saya ada buat salah ke yang buatkan sis tak reply mesej saya? Saya mohon ampun maaf banyak-banyak kalau sis ada terasa hati ke dengan percakapan saya sebelum ni. Huhuhu. Kalau ada masalah, saya sedia membantu.”

Mudah bukan? Dengan ayat sedih dan adanya rasa rendah diri, prospek anda mungkin akan tersentuh hati. Sesetengah dari anda mungkin sudah menggunakan teknik ini untuk menarik perhatian. Kepada mereka yang selalu beli barang mesti sudah biasa mendengar ayat-ayat sedih dan manis ni. Serba sedikit saya harap dapatlah membantu dengan berkongsi teknik close sales untuk mendapatkan prospek.

 

Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top