Tips Agar Mudah Dijumpai di Google Melalui SEO

SEO atau ‘Search Engine Optimization’ adalah satu terma yang merujuk kepada cara untuk dijumpai di laman enjin pencari seperti Google, Yahoo, Bing dan Firefox. SEO ini penting supaya anda senang dijumpai di enjin pencari seterusnya akan membuatkan orang memasuki laman web/blog anda. Ianya adalah satu kelebihan terutamanya jika anda menjalankan perniagaan produk atau perkhidmatan kerana orang akan menjumpai anda terlebih dahulu berbanding orang lain.

Jadi, bagaimana untuk kita mudah dijumpai di enjin pencari? Enjin pencari seperti Google (kita gunakan contoh yang popular) akan memilih laman web atau blog yang mempunyai ciri-ciri SEO yang tinggi. Ini kerana terdapat banyak website/blog yang wujud setiap hari. Jadi untuk berada di halaman hadapan, Google akan memilih website/blog yang betul-betul bagus untuk diberikan kepada kita. Sebagai pemilik website/blog, pastikan anda mengikut tips di bawah supaya anda mudah dijumpai di Google melalui ciri SEO ini:

1. Laman web yang interaktif menaikkan SEO

Mengikut statistik, pencarian laman web menggunakan telefon semakin meningkat berbanding dengan komputer sejak kewujudan telefon pintar. Ini kerana orang ramai lebih meluangkan masa dengan telefon pintar berbanding dengan komputer. Kini, Google akan memaparkan laman web mengikut versi telefon pintar sebagai paparan utama di telefon pintar. Jadi pastikan laman web anda dibina untuk kedua-dua paparan iaitu paparan komputer dan juga paparan telefon. Jika laman web anda tidak mengikut paparan telefon, ini bermakna laman web anda tidak akan dijumpai di paparan telefon dan anda akan kehilangan beberapa peratus pengguna enjin pencari.

2. Kandungan yang original dan bermanfaat

Kandungan laman web/blog anda mestilah original dan tidak meniru bulat-bulat orang lain. Google ada sistem yang dapat kesan jika kandungan anda meniru kandungan orang lain. Ianya tidak adil kepada orang lain yang berusaha menaip kandungannya sendiri jika Google memaparkan juga laman web/blog yang meniru. Jadi, Google akan memilih kandungan yang original untuk diletakkan di halaman hadapan Google. Selain itu, kandungan anda mestilah memberi manfaat kepada orang lain. Kerana majoriti orang menggunakan Google adalah ingin mendapatkan informasi yang boleh membantu mereka.

3. Menggunakan kata-kata kunci yang spesifik

Pastikan anda menggunakan kata-kata kunci yang spesifik ketika menulis kandungan. Bukan boleh main tulis sahaja. Kata-kata kunci tersebut akan membantu laman web/blog anda mudah dijumpai di Google.

4. Kongsikan laman web/blog di media sosial

Ianya adalah cara mudah untuk memperkenalkan laman web/blog anda kepada orang ramai. Kongsikannya di media sosial supaya orang yang kenal anda atau pengikut anda tahu tentang laman web/blog anda. Anda juga boleh kongsikan artikel blog anda di media sosial. Jika laman web/blog anda sangat bermanfaat, orang lain juga akan sebarkannya di media sosial mereka. Ini adalah kekuatan ‘backlink’ iaitu link laman web/blog anda berada di merata-rata tempat di Internet. Ia akan memberi kesan kenaikan laman web/blog anda di halaman Google.

5. Penulisan artikel yang konsisten

Kebanyakan paparan yang ditunjukkan oleh Google adalah berbentuk artikel. Jadi untuk mudah dijumpai, anda perlu menulis artikel secara konsisten walaupun anda telah ada laman web. Anda boleh menulis artikel mengenai pengetahuan, kepakaran, atau industri anda. Ia akan menambah kredibiliti anda selain mudah dijumpai di halaman Google. Lakukan sekurang-kurangnya satu artikel seminggu atau yang paling advance, satu artikel sehari. Itu adalah yang terbaik.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top