Idea Bisnes Untuk Pelajar: Tips Uruskan Masa Belajar Dan Bisnes.
Ramai pelajar yang mencari idea bisnes untuk pelajar menambah duit poket mereka. Terdapat banyak tips yang berguna untuk pelajar bagi menguruskan masa belajar dan masa untuk menguruskan bisnes. Saya akan berkongsi tips yang membantu pelajar dalam pengurusan masa.
Umum mengetahui bahawa kehidupan sebagai seorang pelajar universiti atau pun kolej agak sukar kerana kos yang diperuntukkan agak tinggi.
Sudah pasti seseorang pelajar itu akan memohon biasiswa atau pinjaman pelajaran bagi menampung kos yang dikenakan kepada pelajar seperti yuran pengajian, yuran perkhidmatan dan yuran asrama bagi pelajar yang tinggal di asrama.
Bagi menambah side income ramai pelajar memulakan bisnes dengan menjadi dropship atau agent produk lain. Pelajar amat disarankan untuk bermula sebagai dropship kerana tidak perlu mengeluarkan modal dan tidak dikenakan caj.
Idea Bisnes Untuk Pelajar
Hal ini akan menjimatkan kos perbelanjaan. Pelajar dapat menyimpan komisyen yang diperolehi daripada jualan produk dengan harga dropship.
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai usahawan muda atau pengasas produk yang berjaya adalah segelintir daripada pelajar, contohnya Shazana Khan. Beliau merupakan pelajar dalam bidang Accounting yang merupakan pengasas product Amiin Biskut & Cake yang dikenali umum.
Persoalannya, bagaimanakah mereka menguruskan masa untuk belajar dan masa untuk berbisnes?
Jika anda seorang pelajar yang mempunyai bisnes secara kecil-kecilan atau mahu memulakan bisnes, anda boleh menggunakan tips yang akan saya kongsikan.
Senarai Idea Bisnes untuk Pelajar
-
Jual Tudung Bawal/Shawl
Cari pembekal yang jual secara borong pada harga yang rendah atau harga berpatutan untuk permulaan bisnes.
-
E-Book
Kongsi tips atau tutorial yang berguna melalui penulisan, contohnya “Langkah-langkah Memulakan Bisnes di Shopee”, ” Cara Setting Facebook dan Instagram Ads” atau “Persediaan Memulakan Bisnes”.
-
Dropship
Dropship ialah reseller yanng tidak perlu memegang stok untuk menjual. Hanya perlu promot dan hantar tempahan kepada Hq atau owner produk untuk proses penghantaran.
Sertai dropship mana-mana produk yang senang dijual dan senang diuruskan seperti produk pakaian, makanan atau Perfume.
-
YouTuber
Buat content yang menarik orang ramai untuk tonton channel anda. Content yang menarik seperti Tips Kecantikan, Tips Memasak atau Tutorial menjahit.
Kelebihan Bisnes untuk Pelajar
-
Menjana Side Income
Pelajar boleh menambah duit poket untuk menampung perbelajaan seharian.
-
Jimat Modal
Tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak jika menyertai program dropship. Hanya perlu fokus untuk promot produk.
-
Pengetahuan Asas
Pelajar dapat menambah sedikit sebanyak pengetahuan asas tentang bisnes dan mungkin dapat mengeluarkan produk sendiri jika seseorang pelajar itu serius dalam berniaga.
-
Lebih berdikari
Pelajar lebih berdikari kerana menguruskan perniagaan mereka dengan usaha sendiri tanpa bantuan pihak lain.
Bagaimana Uruskan Masa Belajar Sambil Bisnes.
-
Produk Senang Jual
Cari produk yang sedang viral dan trend di sosial media supaya senang jual dan produk tersebut sudah mendapat trust daripada pembeli.
-
Buat Jadual Belajar dan Bisnes
Bahagikan masa dengan sebaiknya. Masukkan waktu untuk membuat dan mengedit content, untuk promot di media sosial, dan untuk buat free marketing.
-
Jangan paksa diri
Kesihatan diri juga perlu dititik beratkan. Buat mengikut kemampuan diri sendiri tanpa memaksa untuk melakukan sesuatu diluar kemampuan diri.
-
Kurangkan Waktu Bersosial
Lebihkan waktu untuk fokus belajar dan waktu untuk fokus bisnes supaya tidak membuang masa begitu sahaja.
Oleh itu, sebelum memulakan bisnes, pelajar perlu membuat persediaan dengan mencari Idea Bisnes untuk Pelajar untuk mengetahui tips dan idea-idea yang menarik dan trending pada masa kini. Dengan membuat carian dan persediaan, pelajar boleh memulakan bisnes dengan mudah dan teratur.