Cara Mudah Close Sales : Tips Close Sales Dengan Cepat
Ramai yang bertanya kepada kami apa ya cara mudah close sales customer? Kami tahu bukan sorang dua je yang mengalami masalah nak close sales pelanggan. Ramai je sebenarnya. Namun, apa cara yang betul-betul berkesan?
Sebelum kami kongsikan cara mudah close sales dengan lebih terperinci, fahamkan terlebih dahulu maksud ‘close sales’. Close sales ialah proses ‘pitching’ kepada pelanggan sehingga bersetuju membayar produk atau servis yang dijual. Manakala ‘teknik mudah close sales’ pula bermaksud pelanggan bersetuju membeli tanpa memberi terlalu banyak alasan atau dengan kata lain tanpa banyak ragam.
Cara Mudah Close Sales
1. Guna ayat yang sesuai dengan target customer
Penggunaan bahasa bergantung kepada umur, taraf pendidikan dan taraf kehidupan. Jadi dalam proses membuat sales, anda perlu faham pelanggan anda berada dalam kategori yang mana? Adakah pelanggan kategori premium atau sebaliknya? Setelah dah kenal siapa pelanggan, berkomunikasilah dalam laras bahasa mereka. Bukan menggunakan laras bahasa yang anda selesa.
2. Jangan terburu-buru
Kami tahu anda excited nak close sales dengan customer. Jika dapat Whatsapp dari customer minta PM produk tu, anda copy paste semua details yang banyak banyak dan terus share kepada customer kan? Panjang lebar dalam satu post. Dari harga, details produk, kos pos semuanya dikongsi sekali harung. Sabar. Jangan terburu buru begitu. Anda perlu share satu persatu.
3. Tunjukkan faham perasaan pelanggan
Pembeli membeli jika produk yang dijual dapat selesaikan masalahnya. Kerana itulah perlu faham dengan masalah masalah pelanggan.
4. Bersetuju dengan pelanggan
Jangan sesekali argue dengan pelanggan jika tidak bersetuju. Bersetuju terlebih dahulu dengan mereka, kemudian barulah yakinkan mereka dengan fakta yang betul.
5. Beri masa pada pelanggan buat keputusan
Menurut petikan kata-kata Brian Tracy dalam bukunya yang bertajuk The Pyschology of Selling,
“Dunia ‘selling’ ialah dunia yang bising manakalah dunia ‘closing’ ialah dunia yang diam.”
Maksudnya, setelah kita menerangkan sepenuhnya kepada prospek, beri ruang kepada mereka untuk membuat keputusan. Jangan terlalu gopoh untuk memaksa mereka. Pelanggan biasanya tidak suka jika terlalu dipaksa untuk membuat keputusan.
Kesimpulannya, closing sales tidaklah sukar jika anda faham teknik yang betul dan faham cara mudah close sales. Selami psikologi menjual dengan mendalam dan praktikkan secara konsisten.