Cara Buat Ayat Iklan Facebook Yang Power! Confirm Prospek Baca Sampai Habis

Kalau anda perasaan, setiap kali kita scroll Facebook, lebih kurang 4 posting selepas posting friend Facebook kita adalah iklan Facebook. Ini menunjukkan banyaknya iklan Facebook yang muncul di timeline kita. Jadi, kalau dah banyak iklan Facebook lalu di timeline, macam mana kita nak tarik orang perasan dan baca iklan kita. Selain daripada menggunakan gambar atau video yang unik dan menarik, orang akan tertarik dengan ayat iklan yang power. Dengan menghasilkan ayat iklan yang power, ianya bukan sahaja dapat menarik orang untuk membaca sampai habis, malah boleh membuatkan orang tersebut bertukar menjadi pelanggan kita.

Untuk artikel ini, saya nak kongsikan 3 jenis ayat yang akan membuatkan orang tertarik untuk baca sampai habis dan seterusnya membeli produk atau menggunakan perkhidmatan kita. Ayat ini ada menggunakan elemen psikologi manusia untuk membuatkan orang yang melihat iklan facebook kita tertarik dan baca iklan kita sampai habis.

1. Ayat info yang mengatakan ramai orang tak tahu

Kebanyakan manusia mempunyai satu sifat ini yang mana mereka sukakan benda yang baru. Contohnya, kalau anda tengok, bila ada trend terbaru ramai yang ikut seperti Keke Challenge, 10 Years Challenge, Panama Dance dan macam-macam lagi. Selain itu, jika mereka dapat sesuatu info, mereka akan rasa bangga kalau mereka kongsikan info tersebut sebelum orang lain. Ini dinamakan Self-Esteem berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow yang dibuat pada 1943. 

Contoh ayat untuk point nombor satu ini adalah:

Niche perniagaan: 5 Perkara Boleh Kita Buat Di Internet & Media Sosial Yang Ramai Orang Tak Tahu Boleh Jana Pendapatan Lumayan Dan Boleh Buat Di Rumah Sahaja 

Tambahkan perkataan “ramai orang tak tahu” ditengah atau dihujung tajuk iklan anda dan anda akan lihat perbezaannya. Ini kerana ia berkait rapat dengan kajian psikologi Abraham Maslow. Untuk lebih menepati sasaran, gantikan perkataan orang dengan segmen market anda seperti suri rumah atau pelajar.

2. Ayat yang mempertikaikan fakta

Kebanyakan manusia memang susah nak ubah kepercayaan mereka terhadap sesuatu. Jika ada orang mengatakan kepercayaan yang mereka percaya bertahun-tahun adalah salah, sudah semestinya mereka terkesan dengan kenyataan tersebut dan ingin tahu lebih lanjut. Contohnya, isu tentang flat earth. Memang viral isu ini. 

Jika anda pandai menggunakan ayat jenis ini dalam pengiklanan, anda dapat buatkan prospek teruja untuk mengetahui kandungan yang anda ingin sampaikan. 

Contohnya adalah:

Niche kecantikan: Betul ke minyak pokok teh boleh merosakkan kulit jika diletakkan di wajah?

Fakta yang mereka terima ketika ini mungkin, “Minyak pokok teh tidak sesuai untuk diletakkan di wajah” (contoh). Apabila mereka membaca tajuk tersebut, mereka akan terkejut. Lebih-lebih lagi jika mereka percaya dengan kenyataan ini. Jadi, kita perlu mempertikaikan fakta yang sedia ada. 

Dalam kandungan tersebut, kita terangkan fakta yang betul beserta dengan bukti sokongan. Barulah prospek akan teruja dan berminat dengan kandungan kita. 

3. Ayat mengingatkan tentang ‘The Big Why‘ 

Setiap orang pasti ada impian yang ingin mereka capai. Mereka akan bersungguh-sungguh untuk mengejar impian mereka itu. Kita boleh mengambil peluang ini untuk ingatkan The Big Why mereka di dalam mesej iklan facebook kita. Sebagai contoh:

Niche kewangan: Rawatan Yang Cepat Dan Percuma Di Klinik Swasta 

Mesti ada yang menginginkan rawatan yang cepat dan percuma ketika dalam kesakitan. Sebagai ejen takaful, kita perlu mengingatkan mereka tentang kepentingan memiliki takaful yang mana boleh meringankan beban kita ketika dalam kesakitan. Jenis ayat seperti ini adalah lebih selamat dan akan membuatkan prospek membaca sehingga habis.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda menulis iklan facebook dan seterusnya akan membuatkan mereka memilih produk atau perkhidmatan anda. 

IKUTI KAMI DI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

Hubungi kami jika anda mahu perniagaan anda MELETOP di media sosial 😉

Pengiklanan Facebook     servis penulisan copywriting

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top