Jika fungsi Google SEO adalah untuk memudahkan orang menjumpai website/blog anda, fungsi YouTube SEO pula adalah untuk memudahkan orang menjumpai video anda. Untuk pengetahuan anda, YouTube adalah enjin pencari nombor 2 di dunia selepas Google tetapi ianya khas untuk video. Jadi, jika anda masih baru lagi di YouTube, topik YouTube SEO ini amat penting untuk anda tahu dan lakukan kerana orang tidak mengenali dan tidak menonton video anda lagi.
Jadi apa yang kita perlu lakukan untuk buat YouTube SEO ini? Jom, baca keterangan tersebut di bawah:
1. Ubah nama file video anda
Sekiranya nama file video anda tidak berkaitan langsung dengan kandungan video, tukarkannya kepada nama tajuk bersama kata kunci anda. Contohnya, jika nama file video anda “20190301.mp4”, tukar kepada “kelas_digital_marketing.mp4” (contoh tajuk dan kata kunci).
Ianya seakan seperti anda memberitahu YouTube, video anda mengenai tajuk dan kata kunci anda.
2. Letakkan kata kunci di bahagian Title
Ini adalah faktor utama dalam YouTube SEO. Cari kata kunci yang bersesuaian dengan kandungan video anda. Anda boleh lakukan carian kata kunci di Google Keyword Planner, Ubersuggest atau taip sahaja tajuk di kotak carian dan anda akan dapat senarai kata kunci yang sering dicari oleh pengguna YouTube.
Tajuk mestilah jelas dan orang dapat faham dan tahu video tersebut mengenai apa. Contohnya, seperti tajuk artikel ini. Orang dapat mengetahui bahawa artikel ini mengenai YouTube SEO dan khas untuk beginner.
Contoh carian kata kunci di YouTube
3. Tuliskan keterangan di bahagian Description
Bahagian YouTube description adalah satu-satunya tempat yang kita boleh tulis keterangan mengenai kandungan video kita. Di bahagian ini juga kita perlu letakkan kata kunci yang kita telah pilih. Jangan tulis terlalu pendek keterangan video tersebut kerana lagi panjang kita tulis lagi mudah YouTube akan letakkan video kita dalam ranking yang tinggi berdasarkan kata kunci. Ini disebabkan YouTube ataupun Google tidak mampu untuk menonton atau mendengar video kita, jadi bahagian description lah yang akan menjadi tempat rujukan YouTube ataupun Google.
Contoh keterangan di bahagian Description
4. Masukkan kata kunci di bahagian Tags
Di bahagian tags ini, masukkan sekurang-kurangnya 10 kata kunci. Pastikan kata kunci tersebut berkaitan dengan video kita. Ia boleh menjadi kata kunci tambahan untuk mendapat lebih banyak penonton dan menaikkan YouTube SEO kita selain daripada kata kunci utama.
Contoh kata kunci di bahagian Tags
5. Tambahkan Transcription untuk cepat naikkan YouTube SEO
Transcription di YouTube ini adalah percakapan yang keluar daripada mulut anda atau perbualan anda dengan orang lain. Anda boleh tulis transcription di bahagian description dan juga di bahagian subtitles/CC (CC bermaksud Closed Caption). Subtitles/cc ini adalah fungsi sarikata yang disediakan oleh YouTube. Ia boleh membantu golongan bisu atau pekak dan juga sangat membantu menaikkan YouTube SEO kita.
YouTube menyediakan subtitles/cc yang automatik tetapi ianya tidak sempurna. Jadi anda perlu tulis sendiri di bahagian tersebut. Pastikan subtitles/cc tersebut betul mengikut percakapan anda di dalam video tersebut.
Contoh bahagian subtitles/cc untuk masukkan Transcription
IKUTI KAMI:
FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Hubungi kami jika anda mahukan video yang menarik untuk produk atau perkhidmatan anda