Belajar Facebook Ads Step By Step Bersama Bumbu Agency
Apabila kita sedang layari laman Facebook kita akan terjumpa beberapa iklan di Facebook ataupun ‘FB Ads’. Macam mana nak guna dan kat mana boleh belajar facebook ads ? Anda sebagai usahawan kecil dan besar yang baru mesti tertanya kan? Oleh itu, kali ini kita belajar facebook ads atau kenali secara ringkas apa itu FB Ads.
Pengenalan Belajar Facebook Ads
FB Ads atau nama panjangnya adalah Facebook Advertisement. FB Ads merupakan platform yang terbaik membolehkan anda untuk promote produk, servis ataupun kempen yang anda ingin hebohkan kepada orang ramai.
Kredit: Statista – Number of Facebook users in Malaysia from 2017 to 2023 (in millions)
Dengan kenaikan pengguna Facebook di Malaysia ini meyakinkan lebih ramai usahawan untuk menggunakan FB Ads.
Waktu Yang Sesuai Guna Facebook Ads?
Tiada waktu spesifik untuk kita guna kerana anda boleh akses pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya perlu memantau dari masa ke semasa tentang perkembangan kempen perniagaan anda.
Kalau kita tengok berdasarkan carta yang sudah dikongsi. Ini dapat menjelaskan FB Ads merupakan platform yang sangat kukuk untuk memulakan perniagaan anda.
Kos yang diperlukan juga sangat berbaloi kalau dibandingkan dengan marketing secara konversional yang memakan masa dan duit yang banyak. FB Ads kita hanya boleh buat secara online dirumah dan ditempat kerja. Kita juga boleh memantau melalui telefon pintar.
Kita boleh dapat target audience kita dari pelbagai kategori yang betul mengikut kempen iklan masing-masing. Video dan gambar yang menarik perlulah memainkan peranan dalam FB Ads untuk menarik minat potential customer.
Contoh yang mudah saya boleh bagikan adalah perniagaan kedai kek anda berada di kawasan Petaling Jaya dan semestinya anda mahu pelanggan dari sekitar kawasan Petaling Jaya dan yang berdekatan untuk datang.
Belajar Dan Buat
Seperti yang sudah saya katakan FB Ads sesuai untuk mana-mana usahawan yang nak besarkan perniagaan mereka dan menambah lagi pelanggan untuk maju.
Tak kisahlah jika anda seorang usahawan membuat perniagaan kecil kedai runcit yang menjual barang dan makanan organik di kawasan rumah anda atau membuat perniagaan besar syarikat kedai bunga yang sudah ada 3 cawangan.
Cara Belajar Facebook Ads
Persoalan yang anda tertanya-tanya iaitu cara penggunaan FB Ads. Susah atau senang? Kepada mereka yang masih baru dan nak terokai guna FB Ads bolehlah mula dengan BOOST POST dan CREATE ADS TOOLS (C.A.T).
Tutorial Boost Post:
Facebook Ads Tutorial 2015: The Right Way to Boost Your Page Post
The Facebook Boost Post Button: How to Use it and Get Results
Tutorial Create Ads Tools (C.A.T) :
How To Use Facebook’s Audience Insights Tool & Targeting To Get The Most From Your Facebook Ads
IKUTI KAMI:
FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency