Apa Itu Google Marketing : Fungsi Google Marketing
Google tidak asing lagi buat masyarakat pada zaman sekarang kerana mereka mempunyai kemudahan untuk mengakses sebarang maklumat menggunakan pelbagai platform yang ada. Google merupakan salah satu enjin pencarian yang sering digunakan masyarakat. Akan tetapi adakah anda tahu apa itu Google Marketing?
Jika anda ingin mengetahui apa itu google marketing dan fungsinya, kami akan berkongsi serba sedikit berkenaan Google marketing dan fungsinya yang perlu anda ketahui. Sebelum kita meneruskan, penting untuk kita dalami maksud di sebalik Google marketing.
Apa Itu Google Marketing?
Google Marketing Platform menyatukan DoubleClick Digital Marketing dan Google Analytics 360 Suite untuk membantu anda merancang, membeli, mengukur dan optimize media digital dan pengalaman pelanggan di satu tempat.
Google Marketing Platform juga membantu menyampaikan pemasaran yang lebih relevan dan berkesan, sambil memastikan bahawa anda menghormati privasi pelanggan anda.
Jenis & Fungsi Google Marketing?
1. Google Analisis
Google Analisis dapat membantu anda untuk mengenali pelanggan anda dengan lebih terperinci. Ia menyediakan kemudahan yang anda perlukan untuk menganalisis data perniagaan anda di satu platform tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.
Fungsi Google Analisis;-
- Dashboard Google Analytics adalah widget/tools mudah yang membolehkan anda melihat dan memantau laporan dan metrik kunci yang paling penting.
- Audience Overview memberikan paparan ringkas tentang apa yang terjadi di laman website anda termasuk bilangan sesi, pengguna, paparan, demografi dan banyak lagi.
- Annotations merupakan satu alat yang mudah untuk digunakan. Ia membolehkan anda membuat nota untuk tarikh tertentu.
2. Google Data Studio
Google Data studio merupakan satu platform yang interaktif dan menarik untuk melihat laporan engagement anda untuk memberi inspirasi anda dalam membuat keputusan perniagaan yang lebih bijak.
Fungsi Google Data Studio sebagai;-
- Mengumpul data. Ia mudah sambungkan data anda dari spreadsheet, Analisis, Iklan Google, Google BigQuery dan banyak lagi.
- Menerokai data. Ia membantu untuk mengubah data anda ke dalam metrik dan dimensi yang diperlukan untuk membuat laporan dan papan pemuka yang mudah difahami.
3. Google Optimize
Google Optimize dapat membantu anda menjalankan ujian di website anda secara percuma tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos. Ia merupakan satu platform yang memudahkan perniagaan anda dan juga pelanggan anda.
Fungsi Google Optimize;-
- Mendapatkan pelanggan yang lebih ramai.
- Mudah untuk membuat speed test pada website.
- Mudah untuk mengemaskini website anda mengikut data yang sedia ada.
4. Google Surveys
Google Surveys merupakan salah satu cara yang cepat untuk mendapatkan pandangan berharga sasaran pelanggan anda. Ia juga membantu anda mengumpulkan maklumat yang dapat membantu anda untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih bijak.
Fungsi Google Surveys sebagai;-
- Dapatkan custom survey dengan mudah.
- Mudah untuk mendapatkan feedback daripada audience
- Mudah untuk mendapatkan insight dengan cepat.
5. Display & Video 360
Display & Video 360 membantu anda untuk bekerja lebih bijak dengan pengurusan kempen. Fungsi Display & Video 360;-
- Mencapai sasaran pelanggan yang tepat
- Mengawal kempen iklan lebih sistematik
6. Search Ads 360
Search Ads 360 merupakan satu alat untuk mendapatkan lebih banyak kempen carian anda. Iklan Carian 360 membantu anda bertindak balas terhadap pasaran yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.
Fungsi Search Ads 360;-
- Dapat meningkatkan prestasi kempen anda melalui hasil pencarian kempen.
- Membina kempen yang bersesuaian kerana anda mengetahui kempen apa yang berjaya dan yang mana kurang berjaya.
7. Google Tag Manager
Tag Manager membolehkan anda mengemas kini kod pengukuran dan kod serpihan yang berkaitan dengan cepat dan mudah di website anda atau mobile apps.
Fungsi Google Tag Manager sebagai;-
- Meningkatkan ketangkasan anda dengan menambah dan kemas kini tag laman website anda sendiri untuk mengukur penukaran, analisis tapak tanpa perlu menyentuh kod.
Google telah menyediakan banyak kemudahan kepada pengguna untuk membantu mereka terutama mereka yang berada dalam bidang perniagaan.
Ia dapat membantu anda untuk meningkatkan kualiti kerja dan memudahkan anda untuk menambahbaik bahagian yang anda perlu perbaiki.