5 Langkah Untuk Kaya Dengan Produk Bermargin Rendah

Ada sahaja produk yang hendak dijual tidak kisahlah ianya margin rendah atau margin tinggi. Mengiklankan FB Ads produk bermargin rendah akan ada kesukaran sedikit. Produk yang keuntungannya 1 unit < RM 10 sebenarnya agak susah diiklan di Facebook. Ramai mungkin terfikir dan stress dengan bajet yang perlukan untuk menjalankan iklan di FB Ads produk produk bermargin rendah. Rata-rata mengatakan hanya sesuai untuk dijalan secara offline. Tidak mengapa kali ini ada jalan penyelesaiannya. Ikut langkah-langkah di bawah:

 

1. Customer Avatar

Besar atau kecil manapun sesuatu produk itu pastikan kita kenal prospek dan sesuai dengan produk. Target dengan betul di FB Ads. Anda menjual keychain yang barangkali marginnya sebanyak RM 6. Anda kena pastikan USP supaya mereka tahu kenapa mereka perlu setia dengan produk anda. Dengan mengenali pesaing anda sudah pasti anda sudah dapat atau mengenali siapa ideal customer anda. Menarik minat customer baru yang mungkin akan bertukar kepada produk kita. 

2. Buat Kiraan

Memandangkan anda buat FB Ads bermargin rendah anda kena pastikan kiraannya betul. Bajet yang dibelanjakan dari keuntungan yang dapat mestilah berbaloi untuk FB Ads anda. Banyak kos yang perlu dipertimbangkan. Contohnya kos per-click, per-customer serta per-view. Anda mesti pandai membuat anggaran supaya nanti anda takkan melebihi bajet. Langkah ini dibuat selepas anda mengenal pasti siapa customer avatar.

3. Spilt Test

Kalau anda yang sudah biasa menjalankan iklan di FB Ads pasti perasan langkah-langkah awal yang dibuat sama bukan? Setiap langkah yang dibuat mempunyai kaitan. Okay, selepas habis membuat kiraan anda boleh buat validasi juga menggunakan di FB Ads. Validasi yang dibuat juga mestilah dari kiraan bajet yang dibuat tadi. Anda perlu tahu bahawa produk margin rendah juga boleh dilakukan dengan video online.

Jika semuanya sudah okay dan faham, anda boleh teruskan dengan SPLIT TEST untuk memastikan produk client anda itu sesuai dijual secara package, retail, borong atau melalui ejen. Biasanya 2 cara yang digunakan dalam split test, retail dan melalui ejen. Selesai sahaja dengan iklan yang telah dijalankan, dapatkan data kos per-click, kos per-conversion,  kos per-sales & kos per-unit sales. Buat perbandingan dari split test yang dibuat. Manakah antara 2 itu yang berbaloi? Kenal pasti dengan betul.

4. Set Kempen FB Ads

Bila kita sudah kenal pasti cara jualan yang hendak dilakukan seperti contoh produk client anda sesuai melalui ejen. Selepas itu mungkin kempen yang sesuai dengan client anda adalah Lead Generation dengan melalui ejen.

5. Invest Kempen FB Ads + Segmen Baru

Tidak salah untuk kita spend lebih sedikit terhadap kempen yang dibuat. Pastikan conversionnya tinggi. Anda tidak akan rugi tetapi lagi menguntungkan. Bajet yang hendak ditambah tidak perlu banyak sampai RM100+. Anda boleh mulakan dari RM 30 dan naikkan bajet secara perlahan kepada RM 60. Tetapi anda kena ingat semua ini bergantung sebaiknya dapat capai ROI-Positive. Jika ROI anda tidak positif, saya cadangkan jangan tambah bajet kerana sebaliknya ia akan merugikan. Kemudian, barulah anda tambah bajet. Sekiranya client anda tidak mampu juga, anda boleh suggest kepada client untuk tambah staff dan ajar kepada mereka. 

Initiatif lain anda boleh buat adalah dengan buat kempen baru dan targetkan kepada pada segment yang berbeza. Ini hanyalah sebagai backup plan. Iklan pertama tadi akan dilihat oleh prospek berulang kali. Sudah pasti mereka akan berasa bosan dan akan tidak membawa keuntungan lagi. Anda boleh setkan iklan tersebut pada segmen yang berlainan sebagai backup. Takdelah prospek rasa bosan sangat walaupun tujuan atau matlamat iklan baru adalah sama seperti iklan pertama tadi.

Kalau anda kreatif dengan FB Ads produk bermargin rendah dengan content yang menarik pasti akan menarik lebih ramai ejen untuk closekan.

 

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top