4 Cara Tingkatkan Engagement Menggunakan Facebook Messenger

Sebagai agensi yang banyak berpengalaman dalam FB Ads tentulah kami banyak pengalaman dalam banyak membantu pelanggan. Kami akan sentiasa mencari jalan atau penyelesaian yang unik untuk anda yang mendapat engagement pelanggan serta prospek anda.

Ya, bukan mudah untuk menarik perhatian pelanggan atau prospek terhadap iklan kita dengan respon “Wah! Macam menariknya jer. Mesti dapatkan sekarang juga ni!”. “Wow! Pandai diorang kenakan aku. Huhu. Kena contact ni.”

Apabila berada dalam dunia online marketing tiada yang salah atau betul. Setiap client yang diterima, cara penyelesaiannya pasti akan ada perbezaan dalam menjayakan sesuatu kempen. Sentiasa kena bergerak untuk menjayakan kempen supaya engagegment itu sentiasa ada kerana tidak mahu mereka terlepas. Jika anda dapat membuat seseorang rasa rugi untuk melepaskan offer yang diberi, anda sudah menarik perhatian mereka terhadap produk atau servis anda dan bukannya mengalih perhatian mereka. Taktik promosi anda tidak akan merimaskan orang jika mereka nampak di bahagian newsfeeds atau di Facebook Messenger.  

Oh, Facebook Messenger? App yang itu ke? Betul ke ni? Macam mana Facebook Messenger boleh menarik prospek dengan produk atau servis melalui channel dan patutkah anda buat? Bagi saya channel ini bukanlah sesuai untuk semua bisnes tetapi kalau anda tak cuba dahulu belum tahu. Yeah, BELUM CUBA BELUM TAU! Benda free buat apa nak bayar bukan?

Kalau anda sedang membaca yang latar belakangnya seorang marketer, saya akan tolong guide menggunakan Facebook Messenger untuk meningkatkan engagement dengan prospek dan pelanggan anda. Ingat bahawa prospek anda adalah penting, namun pelanggan anda boleh menjadi penyumbang utama anda.

 

Dibawah merupakan 4 cara menarik perhatian dengan Facebook Messenger terhadap produk atau servis anda:  

1. Cara Menggunakan Messenger Auto-Reply:

Jika anda masih lagi tiada messenger chatbot, tidak susah manapun nak buat cuma skill diperlukan, tetapi tidak mengapa sebenarnya anda masih boleh alami pengalaman yang sama dengan auto-reply.

 

Mari mulakan dengan cara nak set up auto-reply di messenger:

Langkah 1: Dari Facebook business page anda, sila tekan pada ‘settings‘.

Langkah 2: Tekan pada butang ‘Messaging’.

Langkah 3: Tukarkan Response Assistant kepada ‘Yes‘.

Langkah 4: Dari sini anda boleh buat mesej sendiri.

 

Kenapa marketing dengan Facebook Messenger lebih efektif?

Anda mesti pernah rasa dapat panggilan dari orang dan hanya dapat mesej sahaja. Lepas dengar mesej tersebut dan anda mesti tertanya, ‘Kenapa diorang tak text aku jer?’. Ya, betul. Kenapa tak buat macam tu sahaja? Jangan risau Facebook Messenger membenarkan anda buat sedemikian. Lebih cepat dan efektif. Yang penting mudah untuk anda.

 

Bagaimana pula dengan prospek dan pelanggan yang tak ‘LIKE‘ page Facebook Business anda? Jangan risau, sekarang anda boleh tarik mereka dengan buat iklan yang mulakan conversation dengan Messenger.

 

2. Ruang  Berinteraksi Dalam Facebook Messenger:

Langkah 1: Bila anda mula set up iklan dalam Ads Manager atau Power Editor, pertama sekali anda perlu pilih ‘traffic’ sebagai objektif marketing anda. Apabila anda sudah dalam ‘ad set’, anda pilih Messenger sebagai destinasi untuk ‘ad placement’.

 

Langkah 2: Di bahagian bawah headline dan text, anda pastikan call-to-action adalah ‘AVAILABLE’. Jika anda tak boleh edit bahagian ‘text’, anda masih boleh lagi edit bahagian mesej, link website anda. Sejurus itu ia akan membawa mereka terus ke Messenger App.

 

Langkah 3:  Preview yang diatas akan muncul di newsfeeds audience anda. Bila mereka tekan pada iklan tersebut dari newsfeeds, ia akan membawa mereka ke Messenger App atau page dimana mereka akan mesej terus ke business oage anda.

Facebook Messenger merupakan secondary app rangkaian sosial yang popular. Dengan adanya ‘Real-time communication’ mereka tidak perlu untuk refresh feed, akses instant terhadap company anda.

Ketahuilah anda bahawa Facebook bukan sahaja untuk anda buat networking secara personal sahaja. Usahawan kenalah fokus dalam memastikan selesa dan dapat menceritakan masalah peribadi mereka. Interaksi dengan prospek itu sendiri sangat penting dan Facebook Messenger mampu berikan anda impak berikut.

3. ‘Customer Service’ Yang Bagus Untuk Facebook Messenger:

Tahukah anda kita mempunyai pengguna aktif melebihi 2.38 juta (mingguan) pada 31 Mac 2019. Oleh itu, anda mempunyai peluang yang sangat cerah untuk audience anda.

Jika syarikat anda sudah mempunyai chatbot, ia akan memudahkan untuk berhubung untuk besarkan syarikat dengan pelanggan yang sudah sedia ada.

Ini akan membantu untuk menambah baikkan ‘customer service’ anda dengan bersama pelanggan pernah membeli atau menggunakan servis anda kerana respon mereka cepat. Salah satunya juga disebabkan kepercayaan. Bila dah percaya, mesti kita anda respon cepat dan excited untuk tahu perkembangan baru.

Ada 3 aspek kenapa ia penting:

  • Troubleshooting
  • Upselling
  • Kenali soalan yang kerap ditanya

4. Guna Facebook Messenger Untuk Dapatkan Prospek:

Anda mesti tahu targetkan ‘buyer pesona’ melalui iklan yang dijalankan dan menarik mereka untuk berinteraksi melalui Facebook Messenger dimana anda memastikan interaksi anda dan prospek unik dan menarik perhatian mereka. Mereka terasa dekat dengana anda.

Kebanyakkan orang sudah terbiasa dengan respon dan kepuasan yang cepat. Prospek mahu berinteraksi dengan pemilik perniagaan yang memahami mereka, yang boleh berinteraksi dengan mereka melalui mesej teks serta e-mail kerana lebih mudah. 

Sebab itulah Facebook Messenger bagus dan engagement dari situ juga sangat memberangsangkan. Memang tidak dapat disangkalkan lagi! Gunakan masa yang ada dan cari strategi untuk Facebook Business Page anda untuk tingkatkan engagement.

Dapatkan perhatian prospek anda dengan:

  • Elemen gembira!
  • Tanyakan soalan yang menarik
  • Selitkan sedikit fakta
  • Sedia membantu

Ada beberapa kempen Facebook yang sudah terhasil buktinya.

Tunjukkan diri anda atau personaliti, dedahkan diri anda dan dengan siapa anda bekerja. Banyakkan berinteraksi dengan aundience anda. berikan mereka satu platform dimana mereka selesa untuk berinteraksi antara anda orang yang ‘LIKE’ page anda. 

Kalau strategi berikut berhasi, iklan yang dibuat dapat menarik ramai orang ke Messenger anda dan kelebihan untuk targetkan prospek anda dengan pendekatan lebih personal.

 

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top