Media sosial sudah menjadi platform untuk usahawan untuk membuat branding. Penggunaan media sosial sudah menjadi relevan kepada rakyat kita tidak mengira umur dan pangkat. Organic reach bukan sahaja makin jatuh tetapi jatuh mendadak. Apa yang salah adalah apabila usahawan banyak fokuskan terhadap native content yang kita tidak tahu separuh daripada mereka tidak berminat dengan perniagaan kita. Dari sini kita sudah membuang terhadap benda yang sia-sia. Semua ini berlaku kerana ramai yang tidak tahu macam mana untuk cari content yang menarik untuk feed. Semuanya pakai hentam untuk update content daily atau feed di Instagram mereka. Jadi, jangan peningkan kepala anda kerana saya sudi untuk membantu anda!
1. Beremosi
Setiap gambar atau video yang telah dipilih perlulah mempunyai elemen emosi yang berkaitan untuk dapatkan perhatian audience anda. Jika gambar tidak beremosi, anda mungkin akan gagal untuk menarik perhatian audience anda. Post yang beremosi dapat menunjukkan anda faham dan menunjukkan bahawa anda juga insan biasa yang melalui situasi yang sama seperti menghadap kesesakan lalulintas serta menghadap dan melayan kerenah orang yang tidak memahami kerja kita. Mesti penatkan? Jangan sia-siakan waktu untuk anda melakukan posting yang tidak beremosi, saya boleh jamin post anda tidak akan mendapat engagement.
2. Menarik & Fresh
Kalau anda perasaan, sudah berulang kali saya mengulai dan menekankan sesuatu content itu harus menarik dalam membina sesuatu content. Apa yang anda boleh content yang berkaitan benda yang tengah trend atau anda gunakan idea anda yang kreatif. Katakanlah jika kita update atau post gambar yang kurang menarik, editingnya hancur dan juga gambar yang pecah. Siapa mahu tengok dan tertarik? Semestinya anda sudah merugikan waktu anda dengan harapan untuk mendapatkan engagement daripada gambar tersebut. Tidak sama sekali itu akan berlaku. Anda memerlukan satu gambar dengan editing yang cantik dan berkualiti tinggi. Confirm lebih ramai akan tertarik dengan gambar anda. Cuba perbanyakkan membuat rujukan. Ringankan tangan itu. Saya pasti selepas anda membuat rujukan, pasti pelbagai idea anda akan datang.
3. Text Yang Banyak
Tahukah anda? Kadar peratus text yang paling maksimum untuk anda letak pada gambar hanyalah 20%. Kalau anda menggunakan lebih daripada 20%, secara automatik Instagram akan mengurangkan reach terhadap post tersebut dan pastinya anda akan rugi. Pastikan anda hanya menggunakan 20% text pada gambar supaya nampak lebih kemas cantik dan tidak terlalu serabut untuk dibaca oleh audience anda.
Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.
IKUTI KAMI:
FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency