Apabila anda sedang memikirkan design website atau cuba mengubahnya dengan layout baru atau style yang terkini supaya kita keep up to date. Kalau website dan content anda tidak dikemas kini selama 10 tahun, mungkin inilah antara sebab-sebab anda patut bergerak untuk mengemas kini. Banyak perbezaan yang akan anda nampak dalam 10 tahun itu dari segi design kerana dalam dunia website ada trendnya sendiri. Minimalist is the key. Kedudukan logo anda, maklumat untuk dihubungi yang mudah untuk dicari dan juga menu yang mudah untuk navigate.
Anda tahu kemahuan anda untuk menampakkan website kelihatan gempak dengan effect yang menarik, support brand anda dan menaikkan engagement pembaca tetapi content seperti teks, gambar serta video untuk website sudah tersedia? Atau anda fikir content yang kosong itu akan terisi dengan sendirinya?
Jika anda berfikir untuk meletakkan content ditempat kedua maka anda telah membuang masa dan duit. Kenapa content itu penting sangat dan tidak boleh diketepikan dahulu?
1. Content Diutamakan
Didalam dunia perniagaan, jika kita lihat sering kali kita dengar lokasi fizikal perniagaan itu sangat penting. Jika lihat didalam perniagaan secara talian kunci kejayaannya adalah content.
Pembaca atau pembeli anda mahukan pengalaman dan dahagakan informasi. Mereka sentiasa mencari satu platform untuk berada dalam satu komuniti atau membeli barangan anda di website dalam talian atau online. Content yang menarik dan betul akan mendapat perhatian pembaca, memberi apa yang mereka mahukan dan bagaimana untuk mencapai matlamat atau misi apabila mereka masuk ke website anda. Content yang dibuat tujuannya adalah untuk menjual berbanding dengan design dan layout page laman web. Bahagian inilah yang perlu anda fokus dan utamakan apabila membuat website atau webpage.
2. Content Website Pemangkin Jualan
Bila datangnya idea untuk design website anda, semasa pembikinan page itu anda sendiri akan nampak perbezaanya apabila sudah siap sedia kerana dari situlah kita boleh nampak layout website designnya menepati dengan kehendak kita atau client. Website tanpa content tidak memberi apa-apa makna. Content website penting kerana ia juga memberi peranan kepada design dan layout terhadap teks, grafik, video dan lain-lain yang terlibat samada baik atau tidak.
Secara automatiknya anda akan mahukan website yang sesuai dengan brand anda. Jika content disediakan awal-awal ia akan memudahkan kerja seterusnya atau perubahan pada saat-saat akhir. Perubahan atau penukaran content yang kecil juga kadang-kadang memakan masa yang agak lama. Boleh juga terjadi apabila server anda down ataupun trafik website menjadi sibuk. Pada waktu inilah anda memerlukan kesabaran yang kuat untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
3. Content Ambil Masa
Memandang content website itu penting, semasa membuat content anda tidak boleh berada dalam keadaan yang kelam-kabut atau tergesa-gesa. Ini akan menyebabkan content anda menjadi tidak teratur dan barangkali akan berlaku banyak kesilapan semasa pembikinan. Ketika dalam proses pembikinan content, anda memerlukan konsentrasi yang cukup atau idea yang sesuai dengan brand anda. Bila anda berada dalam keadaan yang baik, semua akan menjadi mudah dan teratur. Anda akan lebih menyukai dan kerja akan menjadi lebih seronok.
Walaupun anda mengejar dateline, kena edit serta menyepurnakan content, timetable mestilah sentiasa dijaga dan ikut supaya tidak terlepas dateline. Kualiti terhadap content anda juga akan terjaga. Content yang berkualiti akan membantu untuk mencapai matlamat anda dan perluk dilaksanakn dengan baik pada awal.
IKUTI KAMI:
FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency