Sambil-sambil tengah scroll down phone dekat social media sebab bosan tetiba anda terjumpa benda menarik untuk dibaca atau gambar menarik untuk dilike. Macam tahu-tahu jer waktu tu tengah buka smartphone. Semua ini disebabkan banyak kajian telah dibuat oleh psikologis media mengenai gerak-geri pengguna social media dan smartphone. Selepas banyak research yang saya baca disini saya akan bagitahu anda waktu yang terbaik untuk post content.
Bila Waktu Yang Terbaik Tu?
Pagi : 8.00 AM – 10.00 AM ✅
Tipulahkan kalau anda sendiri tidak check phone sebaik sahaja bangun dari tidur. Mungkin sebaik sahaja selesai mandi akan check post atau update dari timeline media sosial anda.
Tengahari : 12.00 PM – 2.00 PM ✅
Waktu tengaharilah orang ramai berpusu-pusu akses ke social media sambil menikmati makanan dan berborak dengan rakan sekerja.
Petang & Malam : 5.00 PM – 10.00 PM ✅
Sebahagian besar Instagrammer melayari Instagram menggunakan smartphone mereka. Oleh itu, waktu bekerja merupakan waktu yang jarang untuk mereka layari kerana terlalu sibuk untuk check phone mereka. Sampai rumah terus baring atau duduk makan malam sambil scroll down skrin phone. Waktu ni lah akan muncul macam-macam post di timeline kita. Kepada mereka yang berumah tangga dan uruskan anak pasti lagi sibuk. Sampai tak cukup tangan. Pukul 11.00 malam keatas barulah free. Waktu inilah yang terbaik untuk post content!
Petang: 1.00 PM – 4.00 PM
Manakala audience di Facebook gemar melayari melalui desktop walaupun semasa waktu bekerja untuk mengisi waktu terluang ataupun untuk menghilangkan rasa bosan semasa di tempat kerja.
Bila dah tahu waktu yang terbaik untuk buat posting di social media, baru lah content kita selalu mendapat engagement yang tinggi dan baik. Disebabkan kita terlalu sibuk untuk menguruskan hal-hal lain disini saya kongsikan apps yang boleh digunakan untuk set waktu untuk post content anda. Berguna kan info ni? Jom kita praktikkan!
Selain daripada salah pilihan waktu untuk post content ketahui lain-lain kesalahan dalam social media.
Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.
IKUTI KAMI:
FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency