Buat YouTube SEO Ini Kalau Mahu Orang Jumpa Video Anda – Tips Untuk Beginner

Jika fungsi Google SEO adalah untuk memudahkan orang menjumpai website/blog anda, fungsi YouTube SEO pula adalah untuk memudahkan orang menjumpai video anda. Untuk pengetahuan anda, YouTube adalah enjin pencari nombor 2 di dunia selepas Google tetapi ianya khas untuk video. Jadi, jika anda masih baru lagi di YouTube, topik YouTube SEO ini amat penting untuk anda tahu dan lakukan kerana orang tidak mengenali dan tidak menonton video anda lagi.

Jadi apa yang kita perlu lakukan untuk buat YouTube SEO ini? Jom, baca keterangan tersebut di bawah:

1. Ubah nama file video anda

Sekiranya nama file video anda tidak berkaitan langsung dengan kandungan video, tukarkannya kepada nama tajuk bersama kata kunci anda. Contohnya, jika nama file video anda “20190301.mp4”, tukar kepada “kelas_digital_marketing.mp4” (contoh tajuk dan kata kunci).

Ianya seakan seperti anda memberitahu YouTube, video anda mengenai tajuk dan kata kunci anda.

2. Letakkan kata kunci di bahagian Title

Ini adalah faktor utama dalam YouTube SEO. Cari kata kunci yang bersesuaian dengan kandungan video anda. Anda boleh lakukan carian kata kunci di Google Keyword Planner, Ubersuggest atau taip sahaja tajuk di kotak carian dan anda akan dapat senarai kata kunci yang sering dicari oleh pengguna YouTube.

Tajuk mestilah jelas dan orang dapat faham dan tahu video tersebut mengenai apa. Contohnya, seperti tajuk artikel ini. Orang dapat mengetahui bahawa artikel ini mengenai YouTube SEO dan khas untuk beginner.

cari tajuk di youtube untuk youtube SEO

Contoh carian kata kunci di YouTube

 

3. Tuliskan keterangan di bahagian Description

Bahagian YouTube description adalah satu-satunya tempat yang kita boleh tulis keterangan mengenai kandungan video kita. Di bahagian ini juga kita perlu letakkan kata kunci yang kita telah pilih. Jangan tulis terlalu pendek keterangan video tersebut kerana lagi panjang kita tulis lagi mudah YouTube akan letakkan video kita dalam ranking yang tinggi berdasarkan kata kunci. Ini disebabkan YouTube ataupun Google tidak mampu untuk menonton atau mendengar video kita, jadi bahagian description lah yang akan menjadi tempat rujukan YouTube ataupun Google.

description youtube untuk youtube seo

Contoh keterangan di bahagian Description

4. Masukkan kata kunci di bahagian Tags

Di bahagian tags ini, masukkan sekurang-kurangnya 10 kata kunci. Pastikan kata kunci tersebut berkaitan dengan video kita. Ia boleh menjadi kata kunci tambahan untuk mendapat lebih banyak penonton dan menaikkan YouTube SEO kita selain daripada kata kunci utama.

tags youtube untuk youtube seo

Contoh kata kunci di bahagian Tags

5. Tambahkan Transcription untuk cepat naikkan YouTube SEO

Transcription di YouTube ini adalah percakapan yang keluar daripada mulut anda atau perbualan anda dengan orang lain. Anda boleh tulis transcription di bahagian description dan juga di bahagian subtitles/CC (CC bermaksud Closed Caption). Subtitles/cc ini adalah fungsi sarikata yang disediakan oleh YouTube. Ia boleh membantu golongan bisu atau pekak dan juga sangat membantu menaikkan YouTube SEO kita.

YouTube menyediakan subtitles/cc yang automatik tetapi ianya tidak sempurna. Jadi anda perlu tulis sendiri di bahagian tersebut. Pastikan subtitles/cc tersebut betul mengikut percakapan anda di dalam video tersebut.

Bahagian untuk masukkan subtitles/cc untuk youtube SEO

Contoh bahagian subtitles/cc untuk masukkan Transcription

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency

Hubungi kami jika anda mahukan video yang menarik untuk produk atau perkhidmatan anda 😉

servis Video Corporate     servis Video Greenscreen

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top