3 Tips Buat Bisnes Walaupun Dah Bekerja Sepenuh Masa
Alhamdulillah, kita dah 6 hari masuk tahun 2020. Semangat dan azam baru masih lagi berkobar-kobar dalam diri masing-masing. Ada yang berazam nak beli kereta baru, ada yang berazam nak bawak family pergi jalan-jalan keluar negeri dan macam-macam lagi. Kami kongsikan 3 tips buat bisnes walaupun dah bekerja sepenuh masa
Saya pasti, ada di antara kita yang berazam untuk start buat bisnes sendiri pada tahun baru ini tapi tak tahu macam mana nak mula kan? Sebab terikat dengan kerja fulltime.
Persoalannya sekarang, macam mana nak start buat bisnes sedang kita bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang?
Jangan risau!
Jom, kita go through 3 tips buat bisnes anda walaupun dah kerja fulltime.
1. Cari 3 tips buat bisnes
Betul ke kita minat nak buat bisnes? Apa sebab kita kata minat nak buat bisnes? Kalau kita betul-betul minat untuk buat bisnes, cuba tengok sama ada benda yang kita minat tu dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain ke tidak?
Contoh, kita minat nak jual jersi bola dan kita mempunyai ramai rakan-rakan yang fanatik dengan jersi bola. Gunakan peluang ini untuk start bisnes kita dengan menjual jersi bola kepada rakan-rakan kita yang minat dengan apa yang kita jual. Dekat situ, kita jugak dah dapat menjimatkan masa kita untuk mencari pelanggan.
2. Tetapkan Keutamaan
Nak buat bisnes boleh, takde masalah. Yang jadi masalah bila kita buat bisnes masa kita tengah buat kerja fulltime kita. So macam mana kita nak handle bisnes kita sedangkan masa kita masih terikat dengan kerja fulltime kita Solution dia senang je, setkan satu masa untuk buat bisnes, sama ada sebelum waktu kerja atau selepas waktu kerja.
Sebab apa kita kene set kan masa untuk kita buat bisnes? Sebab kita taknak ganggu waktu kerja kita. Waktu kerja, kita kene fokus dengan kerja bukannya duk busy uruskan bisnes. Kita masih kerja dengan orang dan waktu kerja kita dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Kerja kita, amanah kita.
Tapi jangan pulak kita lupa dengan family kita. Bahagikan jugak masa kita dengan keluarga kita.
3. Buat Routine
Sediakan satu plan routine untuk bisnes kita. Bila kita mempunyai plan routine, perancangan dan pengurusan kita akan jadi lebih smooth. Kita tahu apa yang kita perlu buat sekarang dan apa yang kita perlu buat next.
Plan routine tu kita boleh jadikan sebagai panduan untuk kita ikut setiap hari. Jadi kita tak akan ganggu masa kerja kita dan kita jugak akan tahu apa progress bisnes kita.
Amacam? Sekarang anda dah tahu macam mana nak start bisnes walaupun anda masih terikat dengan kerja fulltime. Jadi sekarang, takde apa yang boleh halang anda untuk mencapai impian anda untuk mulakan bisnes yang anda idamkan selama ini.
Takde masa bukan alasan untuk tidak mencuba.
“You not gonna know how hurt feels like, if you never had one.”
>> Anda berpuas hati membaca 3 tips mulakan bisnes anda walaupun dah kerja fulltime? Anda juga boleh baca >links related topics>
Jangan lupa follow instagram untuk dapatkan lebih banyak tips yang menarik.
IKUTI KAMI :
Facebook: https://www.facebook.com/bumbuagency/
Instagram: https://www.instagram.com/bumbu.agency/?hl=en
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCJALst9OxrVdGr8VMmoDKyg