3 Teknik Dapatkan Followers Yang Aktif

Cuba anda lihat dan perhatikan orang disekiling anda? Boleh dikatakan hampir setiap orang ada akaun Instagram tidak terkecuali budak kecil. Jika anda lihat akaun brand ternama atau IGshop terkenal mesti kita akan lihat berapa ramai followers mereka bukan? Mesti ramai tertanya-tanya macam mana nak dapatkan followers yang ramai dan juga aktif pada waktu yang sama.

Barangkali jika followers anda tidak aktif atau kurang engagement pasti ada yang tidak kena. Tidak mengapa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

1. Selalu Like & Komen 

Ringan-ringankan lah jari anda untuk like & komen posting diorang yang lalu di timeline anda. Kena selalu buat sebab dengan cara ini anda dapat bonding relationship dengan followers. Bagi mereka yang baru buat akaun, cukup followers sebanyak 1K dulu selepas itu anda boleh serahkan kepada sistem. Jangan sesekali beli followers nanti followers anda tak organic.

2. Buat IG LIVE

Cara paling terbaik adalah anda kena berkomunikasi secara LIVE dengan followers anda. Kalau tiada topik untuk diborakkan, mudah sahaja pada peringkat awal anda cuma buat sesi joal jawab mana-mana topik yang best dan terkini. Kemudian, dah lama engage dengan followers barulah anda boleh buat LIVE tentang produk anda dengan cara soft-selling.

3. Post Gambar Yang Cantik

Dalam apa-apa pun yang kita buat mesti nak kan kualiti, betul? Begitu juga dengan gambar. Mesti anda selalu perasaan gambar artis / instafamous yang mereka selalu post atau share mesti cantik-cantik belaka dan simple saja. Sebab netizen memang lebih suka engage dengan posting macam ni. Gambar yang simple macam sambil-sambil pergi mall anda hanya perlu snap saja gambar #OOTD & share dekat Instagram dengan catchy copywriting.

Mudah ke tak mudah? Amalkan 3 teknik mudah supaya followers Instagram anda mudah jatuh cinta dan dekati anda.

 

Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top