6 Idea Anda Boleh Buat Perniagaan Dari Rumah Dengan Mudah

Sekarang kita tengok ramai sangat orang buat perniagaan dari rumah. Jiran dan kawan-kawan ramai dah buat cara macam ni. Hanya post di social media esoknya duit dah masuk. Susah atau tak sebenarnya nak buat perniagaan dari rumah? untuk artikel kali ini saya nak kongsikan 6 idea buat perniagaan dari rumah.

1. Freelance

Freelance bukan pekerjaan yang anda buat sesuatu secara percuma. Anda bekerja tanpa office, tidak mengira tempat dan pergi ke destinasi mengunakan perbelanjaan sendiri. Contohnya, freelance photographer yang dudduk di Rawang mendapat DM dari client yang berada di Putrajaya. Segala kos pengangkutan atas diri sendiri. Percaya atau tidak sekarang kita boleh buat freelance convert Word kepada PDF. Mudah bukan? Anda boleh cuba layari freelancer untuk tahu lebih lanjut jenis-jenis kerja freelance secara online dengan mudah. Tak perlu susah-susah cari client dan tunggu e-mail dan DM dari orang. 

2. Reseller

Antara cara lain yang mudah anda boleh buat perniagaan dari rumah adalah beli barang dari kedai dan jual balik dengan harga lebih tinggi sikit. Beli dengan harga RM3.50 dan jual kepada pelanggan dengan harga RM5 di Shopee, Social Media atau Lazada. Kepada mereka yang masih mengganggur bolehlah cuba cara ni. Tiada lagi alasan ” Takde kerja dan duit lah “ !

3. Handmade/Homecook

2 cara ini adalah antara yang mudah untuk anda buat perniagaan dari rumah. Jika anda pandai memasak, menjahit serta nak jual hasil lukisan yang cantik pun boleh juga. Anda ada buat khidmat menjahit baju kurung dan anda hanya perlu update post di social media atau membuat FB Ads mengenai perniagaan kecil anda dari rumah sahaja. Kita gunalah kepakaran yang kita ada dengan sebaiknya dengan cara betul.

4. Sub-cont

Sub-cont kita boleh kaitkan dengan istilah sains ‘mutualisme’. 2 atau lebih spesis/pihak saling bergantung dan mendapat keuntungan/faedah. Contoh mudah saya boleh berikan anda sedang menolong promote perniagaan jiran buat kek dan kedua-dua pihak mendapat hasil. Jiran anda dapat banyak order masuk disebabkan bantuan anda promotekan perniagaannya dan anda pula mendapat komisen.

5. Content Writer

Content writer boleh dikatakan antara tulang belakang yang sangat penting untuk sesuatu company mahupun organisasi. ‘Content’ ataupun kandungan yang bagus dapat menarik perhatian pembaca di website ataupun social media. Informasi atau kandungan untuk membuat content selalunya akan diberi oleh client ataupun client akan beri idea dan kita perlu ulas mengikut kehendak client dengan ayat menarik.

6. Social Media Manager

Untuk kerja ini kita selalunya hanya perlu menguruskan laman page Facebook dan akaun Instagram client. Kita perlu tahu selok-belok untuk target market yang betul dalam marketing campaign. Jika masih baru dalam hal ni, bolehlah mulakan dengan kenalan terdekat seperti kawan, saudara dan jiran. Dari situlah kita dapat lihat dan tambah pengalaman serta skill untuk besarkan career kita dengan client yang lagi besar target marketnya.

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency 
Telegeram: bumbuagency

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top