5 Business Movies Terbaik Yang Perlu Anda Tonton

Menonton movie bukan setakat berhibur sahaja tetapi banyak pengajaran yang boleh kita perolehi. Bagi anda yang berkecimpung dalam dunia perniagaan atau keusahawan dan suka menonton movie, di sini disenaraikan 5 business movies terbaik yang perlu anda tonton. Anda mesti akan dapat belajar sesuatu dan mendapat inspirasi daripada filem tersebut. Sebenarnya banyak lagi business movies yang terbaik yang anda boleh tonton, cuma 5 senarai ini adalah antara business movies yang terbaik.

1. Pursuit of Happyness

Movie ini mengisahkan tentang seorang bapa tunggal dan juga jurujual gelandangan, Chris Gardner yang sangat percaya tentang satu produk ini iaitu ‘pengimbas kepadatan tulang’ tetapi dia tidak mampu menjualnya. Dia punya kesusahan sampai ada satu tahap yang dia kehilangan rumah, isteri dan juga wang. Tetapi pada pengakhiran movies ini, Chris Gardner telah bertukar daripada seorang jurujual gelandangan kepada seorang jutawan.

Pursuit of Happyness telah ditayangkan pada tahun 2006 yang diarahkan oleh Gabriele Muccino. Antara pelakon yang memegang watak dalam movies ini adalah Will Smith (pelakon utama), Jaden Smith, Thandie Newton, James Karen dan lain-lain. Business movies ini banyak mendapat rating yang tinggi daripada media.

2. The Social Network

Pasti anda tahu business movies ini menceritakan tentang siapa kerana movie ini agak popular ketika ditayangkan. Ya betul, movies ini mengisahkan tentang pencipta Facebook, Mark Zuckerberg. Di saat  media sosial Facebook sedang popular ketika itu, movie ini ditayangkan. Ia adalah kisah perjalanan Mark Zuckerberg dalam mengharungi susah senangnya dalam penciptaan Facebook.

Ia ditayangkan pada tahun 2010 dan dibintangi oleh pelakon popular antaranya adalah Jesse Eisenberg (pelakon utama), Justin Timberlake, Andrew Garfield dan lain-lain.

3. Money Ball

Apa yang anda perlu buat jika anda mahu memenangi kejuaraan dalam sukan baseball dalam masa yang sama anda kekurangan bajet untuk mengurus pasukan tersebut? Itulah yang perlu dilakukan Billy Beane, pengurus pasukan Oakland Athletics untuk memikirkan cara-caranya.

Watak Billy Beane dilakonkan oleh Brad Pitt dan dibantu oleh pelakon lain iaitu Jonah Hill, Philip Seymour Hoffman dan lain-lain. Movie ini diarahkan oleh Bennett Miller dan ditayangkan pada 2011.

4. Burnt

Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Dan orang yang terbaik adalah orang yang belajar daripada kesilapan tersebut. Inilah kisah tentang movie Burnt ini. Seorang chef lelaki yang bernama Adam Jones. Kehidupannya musnah disebabkan dadah dan sikap divanya yang buruk. Setelah sedar dengan kesilapanya, dia kembali ke London dan mula berubah.

Pengarah bagi movie ini adalah John Wells dan dibintangi oleh Bradley Cooper (pelakon utama), Sienna Miller, Daniel Bruhl, Lily James dan lain-lain. Ia telah ditayangkan pada tahun 2015.

5. Jobs

Sama seperti movie The Social Network, movie Jobs ini adalah kisah tentang perjalanan seorang lelaki yang tidak asing lagi dalam dunia teknologi, Steve Jobs (Pengasas Apple). Movie ini dipaparkan dalam tahun 1947. Antara pelakon yang membintangi business movie ini adalah Ashton Kutcher (pelakon utama), Dermot Mulroney, Josh Gad, J.K. Simmons dan lain-lain. Movie Jobs ini ditayangkan pada 2013 yang lepas.

Setiap movie tersebut pasti akan memberi impak yang positif kepada anda. Banyak yang kita boleh belajar daripada movie tersebut. Sebenarnya banyak lagi business movies yang baik anda boleh tonton. Contohnya, Joy, Wall Street, Margin Call, Jerry Maguire, Boiler Room, The Founder dan banyak lagi.

Jika anda ada tonton business movie yang menarik (yang tiada dalam senarai di atas) boleh komen di bawah.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top