Dengan mudahnya kita boleh akses internet tanpa halangan. Semua boleh buat dihujung jari. Tekan dengar bunyi loceng depan rumah abang pos laju dah sampai hantar barang. Kadang-kadang beli banyak sebab tak nak kos shipping banyak kalau beli satu persatu. Saya tahu ramai yang suka beli secara online. Mungkin masih ramai juga yang tidak tahu kenapalah tengok kawan-kawan sekeliling suka sangat beli secara onlinekan? Dengan baik hatinya saya beritahu sebabnya.
1. Jimat Masa
“Malasnya nak tukar baju dan nak tunggu orang bersiap. Sampai saja nanti dekat highway tetiba jalan jam jadi stress pulak. Sampai saja shopping mall kereta banyak pula nak masuk lepastu terpaksa pusing 2-3 kali cari tempat letak kereta.”
Hah! mesti ada anda pernah atau akan terfikir macam ni bila nak kena beli barang. Sudah berapa banyak masa kita habiskan untuk bersiap dan sampai? 30 minit, 40 minit atau 1 jam? Banyak masa yang terluang. Mencari barang dan kedai juga memakan masa. Belum tentu lagi barang yang hendak dibeli masih ada stok atau tidak. Tetapi kalau beli secara online, buka sahaja social media atau website kita boleh tahu stok masih ada atau tidak. Scroll phone atau sambil tengok TV juga boleh masih membeli.
2. Banyak pilihan
Disebabkan banyak online shop yang ada dan boleh pilih sekarang semakin rambang mata dibuatnya. Online shop atau website yang menjadi port manusia berpusu-pusu masuk setiap hari kalau bukan apa lagi Shopee, Lazada, Zalora dan website lain yang famous dilayari oleh rakyat kita. Bila tibanya waktu SALE atau lagi-lagi raya yang akan tiba beberapa bulan lagi mesti tidak tentu arah dibuatnya. Harga durian runtuh! Semua barang ada dari hujung rambut hingga hujung kaki rasa nak beli. Paling best bila adanya free postage! Bukan hanya pakaian tetapi food delivery juga sudah menjadi trend order secara online dan seterusnya makanan akan sampai di depan rumah anda. Kalau cari jodoh semudah ini pun bagus juga.
3. Pembayaran Semudah ABC
Bila beli barang secara online tidak perlulah kita ke mesin ATM untuk withdraw. Semua benda boleh dibayar secara online. sekarang. Pelbagai pilihan payment yang ditawarkan sekarang seperti perbankan internet bank menggunakan mastercard / visa card, bank transfer, ataupun membuat pembayaran secara cash on delivery (COD). Tidak perlulah kita beratur panjang-panjang nak bayar di kaunter.
Menarik? Jom kita shopping online, support seller Malaysia supaya dapat tingkatkan ekonomi kita.
Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.
IKUTI KAMI:
FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency