3 Elemen Penting Untuk Bina Jenama di Media Sosial

Media sosial adalah medium yang wajib untuk kita bina jenama. Tak kisah sama ada untuk menjenamakan peribadi kita atau menjenamakan perniagaan kita. Kerana pada zaman sekarang, ramai orang banyak tertumpu pada media sosial. Jadi untuk bagi orang kenal kita atau perniagaan kita, kita perlu bina jenama di media sosial. Terdapat 3 elemen penting dan juga asas bagi mereka yang ingin bina jenama di media sosial iaitu:

1. Profile anda

Perkara pertama yang perlu anda tekankan adalah profile page anda di media sosial anda seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain. Untuk gambar profile, gunakan gambar anda sendiri atau logo perniagaan anda (jika perniagaan anda besar dan sudah dikenali ramai seperti Apple atau Nike.)

Untuk gambar anda sendiri, gunakan gambar yang nampak professional, sopan atau sedap mata memandang. Kalau boleh gunakan gambar tersebut dalam satu tempoh yang lama untuk biasakan pengikut atau pelanggan anda dengan gambar tersebut. Selain itu, gunakan gambar yang sama untuk setiap media sosial supaya apabila orang tengok gambar kita di mana-mana media sosial, mereka dah boleh tahu kita siapa dan perkara apa yang kita selalu kongsikan. Untuk nama pula, ianya lebih baik jika gunakan nama sendiri. Kalau mahu gunakan nama panggilan, gunakan nama yang sedap didengar. Jika perniagaan, gunakan nama perniagaan anda.

Di bahagian description, beritahu mereka apa yang anda buat atau apa yang anda pakar. Gunakan ruangan ini dengan sebaiknya. Pastikan jelas dan senang difahami. Anda juga boleh letakkan link anda sama ada link website atau media sosial lain. Pelanggan boleh klik di link tersebut jika anda mahu buat promosi atau ada pemberian percuma.

2. Posting anda

Konsistensi adalah sangat perlu untuk posting ini. Sekurang-kurangnya anda perlu posting 3 kali sehari iaitu pagi, petang dan juga malam. Tulis perkara yang baik-baik dan juga bermanfaat mengikut bidang anda atau perniagaan anda. Selain itu, post tentang aktiviti yang anda lakukan seperti bercuti, kenduri kahwin dan lain-lain. Jangan sekali-kali post perkara yang negatif kerana ianya akan memberi persepsi yang buruk kepada pengikut atau pelanggan tentang diri atau perniagaan anda.

Anda juga boleh posting tentang pertanyaan bagi menggalakkan orang komen untuk naikkan reach engagement kita. Contohnya, “Apa aktiviti anda weekend ini?”. Soalan sesimple itu sahaja akan membuatkan reach engagement naik jika ramai yang komen.

Jika posting tentang perniagaan, gunakan ‘80% – 20% Rule’. Maksudnya, 80% adalah kandungan mengenai informasi dan interaktif. Jangan nampak sangat ada promosi perniagaan anda. Nanti mereka bosan dan meluat. 20% pula adalah kandungan untuk promosi perniagaan anda. Di bahagian ini, barulah anda boleh buat sedikit hard sell.

3. Pesaing anda

Follow dan stalker pesaing anda. Lihat bagaimana mereka bina jenama perniagaan mereka. Mungkin anda dapat belajar dan dapat idea daripada situ. Tetapi jangan pula anda meniru pesaing anda. Gunakan gambar dan juga penulisan mengikut gaya dan diri anda sendiri. Jujur dan jadi diri anda sendiri (jangan sampai nampak keburukan pula).

Jadi, itulah 3 elemen penting dan juga asas bagi anda yang ingin bina jenama sama ada jenama peribadi atau jenama perniagaan. Jangan risau jika kurang mendapat sambutan pada awalnya, kerana jika anda konsisten melakukannya dengan kualiti kandungan yang terbaik pasti akan mendapat sambutan satu hari nanti.

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top